Selamat Datang Ke Studio Masakan Ku

Apabila perut berbunyi,
Akal mengarahkan agar makanan dicari.

Kaki bergerak menuruti hati.
Telinga mendengar mencari keistimewaan.
Mata memandang melihat kebaikan.

Tangan mengambil tanda disukai.
Mulut mengunyah merangsang lidah.
Bekalan dihantar tanda kesepakatan.


Salam perkenalan.
Selamat datang ke studio masakanku.
Terima kasih kerana mengunjungi blog ini.
Sebagai tetamu, anda amat chef hargai.
Keceriaan anda keutamaan bagi diriku.



Tuesday, January 25, 2011

Telah Berada Di Pasaran

Syukur alhamdulillah......setelah lama menunggu, akhirnya buku masakan sulung chef keluaran PTS telah pun berada di pasaran. InsyaAllah dalam minggu ini, tak pun minggu hadapan, ianya boleh diperolehi dikebanyakan kedai2 buku.

Chef benar-benar teruja untuk melihat hasilnya....maklumlah buku sulung katakan. Setelah menempuhi segala kepayahan dan kepenatan, impian untuk mempunyai buku masakan sendiri tercapai jua akhirnya.

Namun begitu, sokongan anda amat chef harapkan. Segala komen serta pandangan anda amat chef perlukan dalam menambahbaik buku-buku masakan yang chef akan hasilkan kelak.

Kepada semua (tuan dan puan), sudilah kiranya mendapatkan buku masakan chef sebagai ole-ole kenangan serta tanda sokongan dalam memartabatkan bidang masakan ini.

Untuk keterangan lanjut, bolehlah layari link dibawah (copy paste dibahagian entri diatas).
http://pts.com.my/index.php/berita/resipi-sarapan-pagi-dan-minum-petang-chef-hussin-kini-di-pasaran/

Sekian, anda yang chef sanjungi.....

2 comments:

  1. Assalamualaikum....
    Tahniahhhh!!! Harap2 Buku Tu Ada Di Jual Di kedai2 Buku Di Segamat, Johor Yer...

    ReplyDelete
  2. Lin Rosly: Terima kasih puan. Pts akan edarkan ke seluruh tempat melalui pembekal2 bukunya. Insyaallah buku kedua saya (makan tengahari & makan malam)juga akan berada dalam masa terdekat.

    ReplyDelete