Untuk menu kali ini, chef cuba adakan kelainan darisegi penggunaan kaedah memasak. Disebabkan kemalasan diri melanda time cuti2 begini, teknik merebus adalah cara terbaik yang difikirkan sesuai untuk digunakan.
Teknik yang digunakan ini tidak memerlukan banyak tenaga dikerah. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah sekadar mencampurkan kesemua bahan lalu masak ia secara merebus hingga kesemua bahan masak. Mudah bukan!!!.
Kalau nak sedap lagi, tumis dulu bahan-bahan yang akan menaikkan aroma masakan sebelum memasukkan air. Anda tentu akan menggemari rasa masakan ini selain supnya boleh dihirup begitu saja.
Pasti ianya mengenyangkan dan dalam masa sama dapat memenuhi keperluan zat tubuh dalam menjalankan aktiviti harian.
Selamat mencuba...............
Bahan-bahan
- 10 batang kacang kelisa (dihiris nipis memanjang)
- 5 biji bebola ayam
- 1 biji bawang merah (ditumbuk)
- 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
- 1 biji cili merah (dipotong kecil)
- 1 biji telur (ambil putihnya)
- 4 biji cili padi (diketuk)
- Sedikit lada hitam (ditumbuk)
- Sedikit ikan bilis (ditumbuk)
- Sedikit serbuk stok ayam
- Garam secukup rasa
- Sedikit air
Cara Membuat
1. Panaskan minyak lalu tumis kesemua bahan tumbuk hingga naik baunya.
2. Masukkan kacang kelisa dan tumis hingga kacang sedikit layu.
3. Masukkan bebola ayam, cili padi dan cili merah.
4. Tuangkan air sebelum diperasakan dengan garam dan serbuk stok ayam secukupnya.
5. Masukkan telur putih yang dipukul apabila kuah mula mendidih. Kacau ia supaya sebati.
6. Hiaslah hidangan sebelum menghidangkannya dengan nasi putih.
Tips
1. Isi ayam dan makanan laut juga boleh dimasukkan mengantikan bebola ayam.
Salam Chef...
ReplyDeleteKacang kelisa tu mcm mana rupanya? sama tak dg kacang b0t0l?
Sebenarnya kacang kelisa dan kacang botol adalah kacang yang sama. Namun, panggilannya saja yang berbeza mengikut kebiasaan seseorang itu menggelarnya.
ReplyDeletesedapnya!..nanti boleh cuba ni..tq chef!..:)
ReplyDeleteBaik nieza. Cubalah.....
ReplyDeleteSedap ni Chef, khasiatnya pun tinggi. Boleh cubala selalu goreng dan buat kerabu aje. Lama Chef tak singgah dapur saya, jemputla banyak resipi baru nak Chef comment dan beri pendapat.
ReplyDeletePaty's kit: thanks puan. Insyaallah nanti saya singgah. Kblkgan ni terlalu sibuk dgn kuliah. Walau macammanapun, puan tetap dlm ingatan.
ReplyDelete