Selamat Datang Ke Studio Masakan Ku

Apabila perut berbunyi,
Akal mengarahkan agar makanan dicari.

Kaki bergerak menuruti hati.
Telinga mendengar mencari keistimewaan.
Mata memandang melihat kebaikan.

Tangan mengambil tanda disukai.
Mulut mengunyah merangsang lidah.
Bekalan dihantar tanda kesepakatan.


Salam perkenalan.
Selamat datang ke studio masakanku.
Terima kasih kerana mengunjungi blog ini.
Sebagai tetamu, anda amat chef hargai.
Keceriaan anda keutamaan bagi diriku.



Saturday, January 8, 2011

Ikan Kembong Bakar


Untuk resepi kali ini, apa kata kita mencuba resepi ringkas lagi berkhasiat. Tambahan pula hujung minggu macam ini, mungkin anda tercari-cari resepi yang ingin disediakan. Kalau tiada idea, apa kata cuba resepi ikan kembong bakar yang chef sediakan ini. 

Pasti hidup anda dan keluarga di hujung minggu tidaklah membosankan kerana dihidangkan dengan hidangan bakar yang dicicah dengan air asam dimakan pula dengan sambal belacan bersama nasi. Pehhhh.....pasti terliur bila memikirkannya. Tak gitu.....hehe. Chef sekadar ingin membangkitkan mood and nafsu makan anda. Apapun, selamat mencuba.


Bahan-bahan

-          2 ekor ikan kembong (dibersihkan)
-          1 sudu makan perahan limau
-          1 cawan santan kelapa
-          Garam dan gula secukup rasa

Bahan A (dikisar)
-          10 biji cili kering
-          5 biji bawang merah
-          5 ulas bawang putih
-          Sedikit halia
-          1 sm lengkuas
-          2 sm belacan (disangai)

Cara Membuat

1.       Campurkan kesemua bahan lalu digaul hingga sebati.
2.       Tumis sebentar bahan gaul tadi sebelum ianya disejukkan.
3.       Perapkan ikan bersama bahan tadi selama ½ jam sebelum dibakar ikan hingga masak.
4.       Lebihan bahan gaul boleh dituangkan ke atas ikan semasa ikan dibakar.
5.       Hias dan hidangkanlah ikan kembong bakar bersama air asam serta sambal belacan.

Tips
Ikan juga boleh dibakar setelah dibalut menggunakan daun pisang atau foil aluminium.

15 comments:

  1. Saya bukanlah peminat ikan, tapi nampak resepi ni mcm senang..
    boleh cuba tuk hidangkan pada tetamu saya yg rata2nya suka masakan masakan sebegini..
    thank you chef.. blog u banyak bagi inspirasi...

    ReplyDelete
  2. salam chef..tengok air asam kecur liur tiba2..

    ReplyDelete
  3. Salam...
    Ikan Kembung Bakar...Mesti Sedap Ni...Insya Allah Nanti Kak Lin Cuba...

    ReplyDelete
  4. Rosdi: Harap jgn jemu2 mjenguk blog chef k. Insyaallah, chef akan cuba berikan yg tbaik.
    Kak suri & kak lin: ikan kembong mudah didapati...tapi cara penyediaan dan persembahan penting dlm menaikkan nafsu makan.

    ReplyDelete
  5. alamak chef..

    terliur le..

    nak gi cari ikan kembong sat lagi

    TQ chef..resepi yg ringkas tp cukup
    membuka selera...yummi!

    ReplyDelete
  6. sedapnyer...ganti ikan talapia leh x??

    ReplyDelete
  7. Ati Masrif: Cepat....takut ikan kembong abis kat pasar tu. Ramai yg terliur ni....hehe

    ReplyDelete
  8. Faa: Ikan selain ikan kembong pun boleh dicuba......

    ReplyDelete
  9. terima kasih chef atas menu2 .. betul2 teruja ingin mencuba setiap menu ...

    ReplyDelete
  10. Siti: Yang penting, kita terus mencuba. Setiap orang ada 'kesedapan tangannya'.

    ReplyDelete
  11. Siti: 'kesedapan air tangannya"...tersasul kat situ.

    ReplyDelete
  12. sedapnye...dr ari 2 teringin nk mkn ikn bakar...tp x sempat2 cari agiii...huk3

    ReplyDelete
  13. Princess: Takpe...resepi ni boleh dicuba pada bila2 masa. Free nanti, cubalah. Yang penting air asam tu mesti kena ada.......barulah terasa kesedapannya.

    ReplyDelete
  14. best...nak resepi untuk salmon pulak boleh x.

    ReplyDelete
  15. Natasha: Insyaallah....ada rezeki nanti, saya akan buatkan resepi salmon k

    ReplyDelete