Selamat Datang Ke Studio Masakan Ku

Apabila perut berbunyi,
Akal mengarahkan agar makanan dicari.

Kaki bergerak menuruti hati.
Telinga mendengar mencari keistimewaan.
Mata memandang melihat kebaikan.

Tangan mengambil tanda disukai.
Mulut mengunyah merangsang lidah.
Bekalan dihantar tanda kesepakatan.


Salam perkenalan.
Selamat datang ke studio masakanku.
Terima kasih kerana mengunjungi blog ini.
Sebagai tetamu, anda amat chef hargai.
Keceriaan anda keutamaan bagi diriku.



Tuesday, July 9, 2013

Rusuk Kambing Bakar khas untuk penggemarnya di bulan Ramadan

Assalamualaikum.....

Bagi penggemar menu kambing......molek bonarlah anda mencuba resepi ini pula - Rusuk Kambing Bakar.
Daging kambing yang chef gunakan adalah dari kambing jenis biri-biri New Zealand. Sebab itu, isinya agak tebal dan menggoda jiwa untuk merasa....tak gitu!!!

Sebenarnya rusuk ini (Lamb Rack), boleh didapati dari kebanyakan pembekal barangan sejuk beku. Tapi kebanyakan kedai lebih gemar menjual Lamb Shoulder mungkin disebabkan saiznya yang agak besar.

Didapur-dapur hotel, kita menggunakan lamb rack ini. Selepas membeli "lamb rack", anda haruslah membuat potongan "French Cut" sejenis potongan berbentuk sikat (seperti dalam gambar). Dimana lemak pada tulang rusuk dibuang.

Anda jangan risau.....sebab disitu memang tak ada isi pun. Namun begitu, ada juga orang yang menggemari lemak. Disebabkan itu, lemak masih ditinggalkan pada bahagian isi yang tebal dan tidak dibuang sepenuhnya.

Semasa membuat potongan ini, lemak-lemak yang melekat pada tulangnya mestilah dibersihkan sebaiknya. Kalau tidak, pasti nampak partikal-partikal hangus yang melekat pada tulang (seperti dalam gambar). Buruk rupa bila nak dihidangkan.

Disebabkan ianya untuk "makan-makan" sendiri, chef taklah bersihkan sepenuhnya. Yang penting ......kenyangggg hehe.

Anda juga boleh mencubanya di rumah. Sosnya pula, terpulang pada anda untuk menentukannya. kalau nak cicah dengan air asam pun, bolehhhh.

Untuk itu, cubalah resepi chef ini...... Selamat Mencuba.........

P/S: Selamat Berpuasa, Bersahur dan Mengerjakan Solat Terawih.......

Bahan-bahan

1 ketul Rusuk Kambing - dipotong "French Cut"
5 biji bawang merah - dikisar halus
5 - 6 ulas bawang putih -dikisar halus
1 inci halia - dikisar halus
1 keping gula Melaka - dikisar halus
2 sudu besar serbuk kunyit
Garam dan serbuk lada putih secukup rasa

Cara Menyediakannya
1. Kisar bersama kesemua bahan lalu diperapkan ia bersama rusuk kambing selama 10 - 15 minit.
2. Panaskan ketuhar pembakar dan bakar hingga kambing masak (180C selama 20 minit).
3. Keluarkan dan hidangkannya bersama sos, sayuran dan kentang pilihan masing-masing.

Tips
1. Rempah lain juga boleh dimasukkan semasa proses perapan.
2. Sos yang chef gunakan dalam gambar ini adalah Sos Masam Manis Thai (dapatkan resepinya di menu Paha Ayam Bakar).