Resepi ini chef sediakan secara ala kadar je untuk dimakan pada hujung minggu lepas. Maklumlah bendanya dah ada di dapur, apa lagi chef pun menumislah kacang ini. Disebabkan masakan ini disediakan ala kadar je, chef pun taklah menghiaskannya agar nampak menarik.
Apa yang penting hari, chef kenyang makan kacang kelisa ini bersama lauk-lauk lain. Badan sihat, minda pun cergas. Haha...malaslah chef nak bercoloteh lagi. Yang penting anda mesti mencubanya. Walaupun ringkas tapi ianya berkhasiat dan baik untuk kesihatan anda.
Bahan-bahan
- 10 batang kacang kelisa (dihiris nipis)
- 1 biji bawang merah (ditumbuk)
- 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
- 1 biji cili merah (ditumbuk)
- 4 biji cili padi (ditumbuk)
- 2 sm belacan (disangai, ditumbuk)
- Sedikit ikan bilis (ditumbuk)
- Garam secukup rasa
Cara Membuat
1. Tumbuk cili merah, cili padi dan belacan terlebih dahulu sebelum ditumbuk bersama bawang merah, bawang putih dan ikan bilis.
2. Panaskan minyak lalu tumis bahan tumbuk tadi hingga naik baunya.
3. Masukkan kacang kelisa dan tumis hingga kacang sedikit layu.
4. Perasakan dengan garam secukupnya sebelum mematikan api.
5. Hidangkanlah kacang kelisa bersama nasi putih dan hidangan lain.
Tips
1. Cukuplah segala bahan yang ingin ditumbuk hanya ditumbuk kasar.
my feveret siot..=)
ReplyDeleteSaya sudah follow blog awak..
Awak bila nak follow blog saya..
http://pangkahbulat.blogspot.com/
sayur kegemaran LM ni.
ReplyDeleteLM: Insyaallah selepas ni pun chef nak masukkan menu kacang kelisa.
ReplyDeletePangkah bulat: Garangnya.....nanti saya ziarah n follow k. Thanks
Sedap makan dengan nasi panas-panas, kena pula ikan perkasam, memang terangkat ini.
ReplyDeletePaty kit: Memang betul puan. Kesedapan kacang ni terletak pada rasa dan kerangupan kacangnya.
ReplyDeletemy pebret too ..selalu buat nasi goreng dgn kacang ni ,lagi sedap dr guna kacang panjang ;-)
ReplyDeleteHai jiejah. Sememangnya ramai yg menggemari kacang kelisa ni.
ReplyDelete