Selamat Datang Ke Studio Masakan Ku

Apabila perut berbunyi,
Akal mengarahkan agar makanan dicari.

Kaki bergerak menuruti hati.
Telinga mendengar mencari keistimewaan.
Mata memandang melihat kebaikan.

Tangan mengambil tanda disukai.
Mulut mengunyah merangsang lidah.
Bekalan dihantar tanda kesepakatan.


Salam perkenalan.
Selamat datang ke studio masakanku.
Terima kasih kerana mengunjungi blog ini.
Sebagai tetamu, anda amat chef hargai.
Keceriaan anda keutamaan bagi diriku.



Saturday, January 15, 2011

Durum Mini


Assalamualaikum...... 
Bertemu kembali di hari yang indah ini setelah lama chef 'bersenyap sunyi' dengan urusan harian. 

Haha!! untuk kali ini chef ingin bawakan kepada anda satu lagi resepi yang mudah disediakan pada bila-bila masa. Durum Mini...namanya yang agak pelik yang mana seakan-akan aiskrim mini...tak gitu.

Durum adalah salah satu makanan kegemaran bangsa Arab yang chef pelajari semasa chef berkunjung ke Brussels, Belgium tempoh hari. Sememangnya saiz durum agak besar, bak kata orang ianya bersaiz "gedabak" dihidangkan bersama kentang goreng dan salad segar. 

Saiznya yang agak besar ini memungkinkan dua orang untuk menghabiskan. Namun, di Brussels ianya boleh dihabiskan oleh seorang remaja Arab dalam masa yang begitu singkat.
Apa yang melucukan chef, kawan-kawan chef terpaksa berkongsi untuk menghabiskannya. Sampai ada yang termengah-mengah untuk menghabiskannya. Maklumlah perut orang Malaysia...semuanya kecil2 belaka. Untuk itu, chef telah olah resepi ini mengikut bahan yang boleh diperolehi di Malaysia selain mengecilkan saiz agar ianya mudah disediakan. 

Diharapkan anda mencuba resepi ini dan sediakanlah untuk apa jua majlis. Kanak-kanak pasti akan menyukainya. Tak percaya....cubalah.

Bahan-bahan

-          1 keping tortila(dipotong 4)
-          1 keping daging burger ayam (dipotong jejari)
-          1 biji tomato (dihiris nipis)
-          80 gm daun salad ‘lettuce’ (dikoyak/dicarik)
-          ½ biji bawang besar (dihiris nipis)
-          1 sudu besar isi jagung
-          Sedikit mayones
-          Sedikit sos cili
-          1 keping foil aluminium (dikoyak kecil)
-          Garam dan serbuk lada putih secukupnya

Cara Membuat

1.       Panaskan kuali dan masak daging burger ayam hingga masak.
2.       Perasakan dengan garam dan serbuk lada putih secukupnya. Angkat dan ketepikan.
3.       Potong tortila kepada empat bahagian setelah memanaskannya.
4.       Sapukan mayonis pada tortila dan masukkan daun salad, jejari burger ayam, tomato, bawang besar dan isi jagung.
5.       Masukkan juga sos cili ke atas bahan-bahan tadi dan gulung tortila sekemas yang mungkin bersama foil aluminium.
6.       Sebelum menghidang, paipkan sos cili dan mayonis di atas tortila tersebut.

Tips

1.       Durum adalah makanan kegemaran bangsa Arab dan kebiasaannya dimakan bersama sayur-sayuran segar yang dicampur bersama buah zaitun.

8 comments:

  1. Salam...

    Sedap! Ni...Nak Hias2 Tu Yg Kak Lin Tak Kreatif!

    ReplyDelete
  2. Salam Kak Lin.

    Maksud kak...nak paipkan mayones dgn sos cili ke. Mudah je kak. Dapatkan kertas minyak yg dibentuk kon lalu dimasukkan mayones n sos cili. Pas tu paipkan di atas durum tadi

    ReplyDelete
  3. salam chef..nampak sedap resipi tu utk minum petang..tapi malulah tortila tu apa erk..roti ye?

    ReplyDelete
  4. Food styling chef terangkat la. Memang nice presentation. Good idea.

    ReplyDelete
  5. Suri: Tortila tu sejenis roti nipis seakan2 mcm roti capati. Yang ni dihasilkan mgunakan campuran tepung & kentang. Mudah didapati dikebanyakan pasaraya. Rasanya dalam sebungkus ada 5 keping.

    ReplyDelete
  6. Puan Paty's: Thanks. Menu ni antara menu simple utk disediakan. Anak2 dan org dewasa pasti menyukainya.

    ReplyDelete
  7. lawa gambar.........bokeh, blurring kat belakang tu ganas dan jahat, menarik

    ReplyDelete
  8. Thanks en ali. En ali kan sifu saya. Thanks diatas segala tunjuk ajar.

    ReplyDelete