Selamat Datang Ke Studio Masakan Ku

Apabila perut berbunyi,
Akal mengarahkan agar makanan dicari.

Kaki bergerak menuruti hati.
Telinga mendengar mencari keistimewaan.
Mata memandang melihat kebaikan.

Tangan mengambil tanda disukai.
Mulut mengunyah merangsang lidah.
Bekalan dihantar tanda kesepakatan.


Salam perkenalan.
Selamat datang ke studio masakanku.
Terima kasih kerana mengunjungi blog ini.
Sebagai tetamu, anda amat chef hargai.
Keceriaan anda keutamaan bagi diriku.



Saturday, December 28, 2013

Coretan Chef Tentang Buku Masakan


Apabila bercerita tentang menghasilkan sesebuah buku resepi, bukanlah suatu pkara yg mudah. banyak faktor yang tlibat. Antaranya bahan mentah. Kos yang terlibat memang tinggi dan perlu ditanggung sendiri. Contohya bagi buku yang memuatkan 23 resepi...kosnya tidak kurang RM3k (ini bdasarkan menu yang ingin dihasilkan). Lagi byk menu, tinggilah kosnya. Tambah2 zaman sekarang ini semua barang naik harga...melambung2 pula tu. Mcm mail lambong gitu hehe. Kos bahan mentah ni perlulah diambilkira sebelum menghasilkan sesuatu buku itu. 

Disebabkan itu setiap bahan yang dibeli akan digunakan sebaik mungkin agar tiada pembaziran. Kata mat salleh..."fully utilise" gitu. Kebiasaannya penulis perlu menanggung kos bahan mentah untuk menghasilkan buku masakan. Syarikat penerbitan ada kos2 lain yang perlu mereka tanggung. Kos mereka juga mmg tinggi. Maksudnya disini perlu ada win2 situation diantara kedua belah pihak. Syarikat juga menjalankan segala promosi. Penulis juga perlu turut sama mempromosikan buku. Chef bsyukur adanya syarikat penerbitan seperti PTS Publication Sdn Bhd. Sumbangan PTS bagi chef agak besar dan sdikit sebanyak mencorakkan kehidupan chef. 

Ini baru faktor pertama iaitu bahan mentah. Belum faktor2 lain. Bagi buku yang mempunyai langkah demi langkah faktor ini cukup penting. Selain ada banyak gambar dimuatkan...memang tak boleh miss satu bahan pun. Kerana stiap bahan yang tertulis perlu ada dalam gambar. Dari sekecil2 bahan hinggalah sebesar-besar bahan seperti daging dan sebagainya. Sebab itu, perlu diadakan check list bahan agar tidak menjadi masalah semasa sesi masak dan photoshot. Berkata tentang langkah demi langkah...menu macam ini perlu anda cuba. Kenapa? Sbb langkah memasaknya ditunjuk melalui gambar yang diambil. Ada kejujuran dalam menyiapkan masakan itu dan masakan juga menjadi. Kalau tak menjadi...memang tidak boleh snap gambarnya. So harap ini tidak mjadi isu dalam buku2 yg chef cuba hasilkan.


Ini berlawanan dengan sesetengah buku resepi yang hanya memaparkan makanan siap atau dalam bahasa Jermannya "finish product". Tuan/puan faham ke apa yang saya maksudkan ni. Kalau tak faham takpe...jgn risau. Saya akan menerangkannya. 



Menyiapkan resepi yang memuatkan gambar langkah demi langkah memakan masa yang agak lama kalau dibandingkan degan resepi yang hanya meletakkan gambar siap "finish product". Melalui pengalaman yang chef lalui, chef mengambil masa hampir setengah jam untuk myiapkan hanya satu resepi langkah demi langkah (bergantung kepada jenis resepi jugak sebenarnya). Memang penat dibuatnya. Mau idak...kalau 23 resepi hampir 10 - 11 jam diperlukan. Seperti yang chef sebutkan sebelum ini, disini ada kejujurannya. Chef dapat pastikan menu yang dicuba oleh pembaca pasti menjadi. Selain itu, ianya juga mjadi panduan kepada pembaca untuk menyediakan sesuatu hidangan dengan cara yang betul dan tepat. Tambah-tambah kalau orang tu baru nak belajar memasak....molek bonarlah dapatkan buku resepi chef ni...haha!!! ayat promosi dah keluar dah......tapi kalau nak beli apa salahnya....kan kan kan.


Berbanding dengan resepi finish product...mungkin 6 atau 7 menu malahan lebih dari itu boleh disiapkan dalam masa sejam. Sebab apa ianya mudah...hanya satu gambar je diperlukan untuk dimuatkan. Resepinya pula...hanya copy dan paste dari internet.

Another problem that uolls facing....kecek bahasa jawa la pulak...resepi finish product yang dicuba selalu tak menjadi. Rupanya ada tapi mcm hampeh rasanya....tak gitu. Mana idaknya....makanan siap dibeli dari warung atau restoran (dia tak masak pun). Gambar akan disnap selepas ianya dibedak dan dihias sbaik mgkin. Sebab itu, banyak resepi diluar sana....apabila pembaca cuba tak menjadi langsung. Kenapa ini terjadi!!!!! kenapa? mengapa? ask me....


Untuk myakinkan lagi pembaca, nama resepi yg menarik lagi memukau diberikan....contohnya ayam goreng che kiah, ikan masak lemak senandung malam, kuih koci mak leha, kek moist kopi jantan (jantan ke) dan macam-macam lagi....ahhh tak kuasa makkk nak listkan semuanya disini. Ini teknik menipu namanya.... Mudah bukan.!!!! Untuk merialisasikan teknik ini, makanan dan kamera takpun handphone saja diperlukan. Of course pinggan mangkuk pun kenalah ada....laser pulak arini....hehe. Iyalah...akibat dari perbuatan mereka-mereka ini...tempiasnya juga terpalit pada penulis yang jujur macam chef. Ibarat gagak yang berak bila saja ada orang dibawahnya. Aikk angkut bakul sendiri nampaknya chef ni. Haha gurau2 je k. Tapi gaya Karim Singh ada kot....hehe

Ini myebabkan ramai pembaca diluar sana menjadi fobia untuk beli buku resepi sebab tak pcaya dgn hasilnya. Ini dinamakan fobiamenu....ayat baru ni....betul ke wujud ayat ni. Hehe

Bagi diri chef, kepuasan terasa apabila pembaca memberi feedback yang positif dan suka dengan hasil yang tercipta. Seabb itu, menu yang hendak dihasilkan perlulah dari hati yang tulus ikhlas. Resepi yang betul tanpa menyorok apa2 bahan mestilah dituliskan untuk pengetahuan pmbaca. Niat kita sebenarnya kena betul (bukan niat makan ya) agar pembaca juga turut mendapat kebaikan daripada apa yang kita muatkan dalam buku resepi. Sebagai pembaca......@#$#×€£¥₩....kita bsambung ya..... gambar resepi diambil dari Buku Masakan Hidangan Lengkap Seminggu @ Hasani Bookstore.

Wednesday, August 28, 2013

Hai....lama tak jumpa.....

Assalamualaikum.....

Apa khabar anda semua? Semoga semua sihat-sihat belaka hendaknya.

Hampir sebulan chef menghilangkan diri tanpa sebarang "post'....maklumlah pada masa itu kita sedang menjalani ibadat puasa. Maka dengan itu, chef terpaksa "tutup kedai" ruangan blog ini untuk sementara waktu je tau untuk memberi ruang pada diri untuk beramal ibadat. Syukur alhamdulillah, ibadah ini dah pun selamat dijalani dengan jayanya.

Raya pun dah kita sambut dengan meriah sebagai tanda kejayaan kita menunaikan seruan Ilahi. Undangan rumah terbuka di sana sini yang sedang rancak berlangsung kini juga harus kita sertai dalam mengeratkan silaturrahim sesama Islam.

Walaupun kekadang perut senak dengan pelbagai juadah namun undangan yang dihulur perlulah kita penuhi. Undangan rumah terbuka ini pun bukanlah selalu sangat diadakan...hanya setahun sekali. Hukumnya harussss kita sertai hehe.

Bukannya apa....ada juga orang yang tak nak datang walaupun dah dijemput. Sedih tuan rumah dibuatnya. Susah-susah amik katering....alih-alih beberapa kerat je yang muncul. Apa cite ni yop??? Tak patut memang tak patut buat macam ini.

Alasan yang diberikan.....perut dah kenyang sangat. Banyak sangat rumah terbuka selain orang adakan kenduri kawin. Awat hang sental banyak sangat yop. Agak-agaklah nak makan pun. Sebelum nak makan tu....cuba tengok dulu list rumah terbuka. Walaupun tak nak makan...its ok. Yang penting, kita tunjuk muka. Sejuk hati tuan rumah apabila nampak muka kita...tak gitu.

Apapun yang anda lakukan....diharapkan jagalah kesihatan. Maklumlah baru saja selesai berpuasa. Semuanya nak sental...seolah-olah nak lepas geram pada perut. Makan...makan juga tapi kesihatan haruslah dipelihara. Banyakkan bersenam agak perut yang kempis slim tu tidak pula menjadi lebarrrr. Haha.

Untuk kali ini, chef ingin kongsikan dengan anda satu lagi resepi mudah untuk anda mencubanya. Tapi yang ini bukanlah hidangan hari raya. Hanya sekadar sharing resepi yang ada dalam koleksi chef ini.

Apa kata kita try resepi makanan barat iaitu resepi ikan kod yang sememangnya chef suka . Kalau takde ikan ini, ikan lain juga boleh anda gunakan sebagai ganti. Terpulang pada citarasa dan budget anda masing-masing. Harap anda mencubanya yer.......

Jumpa lagi................


 Bahan-bahan

Bahan A
1 filet ikan kod (dibersihkan)
Sedikit jus lemon
Garam dan serbuk lada putih secukup rasa
Majerin/Butter

Sos Lemon Butter
1/2 biji bawang besar (dicincang halus)
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 biji lemon (ambil jusnya)
1 sudu biji capers
1 ketul butter
Garam dan serbuk lada secukup rasa

Cara Menyediakannya
1. Perapkan ikan dengan bahan A lalu di"panfry" mengunakan butter atau majerin hingga masak. Ketepikannya.
2. Untuk sosnya, tumis bawang besar dan bawang putih dengan sedikit majerin/butter.
3, Masukkan butter lalu dikacau bersama. Pastikan ianya tidak cair sperti minyak.
4. Masukkan lain-lain bahan lalu diketepikannya daripada dapur.
5. Hidangkanlah ikan tadi bersama sayur tumis, kentang dan sos.

P/S: Tekstur sos lemon butter mestilah tidak cair dan ianya mestilah ber"creamy".






Tuesday, July 9, 2013

Rusuk Kambing Bakar khas untuk penggemarnya di bulan Ramadan

Assalamualaikum.....

Bagi penggemar menu kambing......molek bonarlah anda mencuba resepi ini pula - Rusuk Kambing Bakar.
Daging kambing yang chef gunakan adalah dari kambing jenis biri-biri New Zealand. Sebab itu, isinya agak tebal dan menggoda jiwa untuk merasa....tak gitu!!!

Sebenarnya rusuk ini (Lamb Rack), boleh didapati dari kebanyakan pembekal barangan sejuk beku. Tapi kebanyakan kedai lebih gemar menjual Lamb Shoulder mungkin disebabkan saiznya yang agak besar.

Didapur-dapur hotel, kita menggunakan lamb rack ini. Selepas membeli "lamb rack", anda haruslah membuat potongan "French Cut" sejenis potongan berbentuk sikat (seperti dalam gambar). Dimana lemak pada tulang rusuk dibuang.

Anda jangan risau.....sebab disitu memang tak ada isi pun. Namun begitu, ada juga orang yang menggemari lemak. Disebabkan itu, lemak masih ditinggalkan pada bahagian isi yang tebal dan tidak dibuang sepenuhnya.

Semasa membuat potongan ini, lemak-lemak yang melekat pada tulangnya mestilah dibersihkan sebaiknya. Kalau tidak, pasti nampak partikal-partikal hangus yang melekat pada tulang (seperti dalam gambar). Buruk rupa bila nak dihidangkan.

Disebabkan ianya untuk "makan-makan" sendiri, chef taklah bersihkan sepenuhnya. Yang penting ......kenyangggg hehe.

Anda juga boleh mencubanya di rumah. Sosnya pula, terpulang pada anda untuk menentukannya. kalau nak cicah dengan air asam pun, bolehhhh.

Untuk itu, cubalah resepi chef ini...... Selamat Mencuba.........

P/S: Selamat Berpuasa, Bersahur dan Mengerjakan Solat Terawih.......

Bahan-bahan

1 ketul Rusuk Kambing - dipotong "French Cut"
5 biji bawang merah - dikisar halus
5 - 6 ulas bawang putih -dikisar halus
1 inci halia - dikisar halus
1 keping gula Melaka - dikisar halus
2 sudu besar serbuk kunyit
Garam dan serbuk lada putih secukup rasa

Cara Menyediakannya
1. Kisar bersama kesemua bahan lalu diperapkan ia bersama rusuk kambing selama 10 - 15 minit.
2. Panaskan ketuhar pembakar dan bakar hingga kambing masak (180C selama 20 minit).
3. Keluarkan dan hidangkannya bersama sos, sayuran dan kentang pilihan masing-masing.

Tips
1. Rempah lain juga boleh dimasukkan semasa proses perapan.
2. Sos yang chef gunakan dalam gambar ini adalah Sos Masam Manis Thai (dapatkan resepinya di menu Paha Ayam Bakar).
























Sunday, June 16, 2013

Paha Ayam Bakar

Assalamualaikum......

Apa khabar semua.

Kali ini chef teringin nak sediakan menu berasaskan ayam. Jalan-jalan kat pasaraya semalam, ternampak paha ayam yang masih segar bugar. Apa lagi, chef capai plastik dan masukkan beberapa ketul paha ayam ini. Ayam ini kalau diperap dengan serbuk kunyit dan kari, pastu goreng, tentu sodap....tapi taknaklah selalu sangat makan makanan yang bergoreng.

Ramuan yang sama chef gunakan tapi untuk kali ini nak dibakarlah pula. Chef gunakan ketuhar pembakar. kalau nak dibakar ala-ala BBQ pun boleh. Terpulang pada cara masing-masing.

Chef hidangkan ayam ini dengan sos "Thai Sweet Sour Sauce" atau dipanggil Sos Masam Manis Thai. Sos ini ada persamaan dengan kuah asam pedas tapi tak bolehlah terlalu pedas. Chef ubah rasanya agar rasanya lebih manis dan masam. Tapi jangan pula "tertumpah gula", tak berapa sedap nanti kalau terlalu manis.



Chef letakkan resepinya disini....kalau rasa nak cuba....bolehlah dicuba. Makan panas-panas ya bersama sayuran dan kentang "wedges" goreng. Apapun....Selamat Mencuba!!!!!!.

Bahan-Bahan

Bahan A -Bahan Perapan

Beberapa ketul paha ayam - dibersikan dan dikelar
2 sudu besar serbuk kunyit
1/2 labu bawang putih
5 biji bawang merah
1 inci halia
1 - 2 keping gula Melaka
Garam dan serbuk lada putih secukup rasa

Bahan B - Sos
4 sudu besar cili giling
1/2 labu bawang putih - dikisar
5 -6 biji bawang merah - dikisar
1 keping belacan - disangai, dikisar
1 kuntum bunga kantan - dibelah dua
4 tangkai daun kesum
2 cawan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Tepung jagung - untuk memekat
Minyak untuk menumis

Cara Menyediakannya

1. Kisar kesemua bahan A dan tuangkan keatas ayam. Perapkan seketika.
2. Selepas itu, bakar paha ayam pada suhu 180C selama 20 - 25 minit atau hingga masak .
3. Untuk sosnya, panaskan kuali/pan lalu ditumis kesemua bahan kisar dan cili giling.
4. Setelah pecah minyak, tuangkan air asam jawa.
5. Masukkan juga bunga kantan dan daun kesum lalu dibiarkan mendidih sebentar.
6. Perasakan dengan garam dan gula.
7. Pekatkan ia dengan tepung jagung.
8. Untuk menghidangkan, tuangkan sos ke atas ayam dan hidangkanlah bersama kentang dan sayuran.

Tips
1. Kalau nak pedas, lebihkan cili gilingnya (ikut citarasa masing-masing).