Selamat Datang Ke Studio Masakan Ku

Apabila perut berbunyi,
Akal mengarahkan agar makanan dicari.

Kaki bergerak menuruti hati.
Telinga mendengar mencari keistimewaan.
Mata memandang melihat kebaikan.

Tangan mengambil tanda disukai.
Mulut mengunyah merangsang lidah.
Bekalan dihantar tanda kesepakatan.


Salam perkenalan.
Selamat datang ke studio masakanku.
Terima kasih kerana mengunjungi blog ini.
Sebagai tetamu, anda amat chef hargai.
Keceriaan anda keutamaan bagi diriku.



Sunday, November 28, 2010

Majalah Jelita Keluaran Disember 2010

Assalamualaikum......

Telah lama chef tidak ke udara kerana sibuk kebelakangan ini dengan pelbagai urusan harian dan juga kerja. Sesungguhnya, ianya benar-benar menguji tahap kecergasan mental dan fizikal chef. Namun syukur, semuanya berjaya dihadapi dengan jayanya. Yang penting, tidak mudah berputus asa. Apa saja yang datang melintang, chef hadapi satu persatu dengan sebaik mungkin.

Untuk 'post' kali ini, chef ingin bawakan artikel dan resepi masakan yang dimuatkan dalam majalah jelita keluaran Disember 2010. Resepi "Ayam Skewer Bermadu" yang dimuatkan mudah disediakan dan tidak memerlukan terlalu banyak bahan. Ianya boleh dihidangkan pada bila-bila masa yang anda suka.

Sekiranya anda ingin menyediakan hidangan ini untuk kanak-kanak, lidi buluh yang digunakan boleh dikeluarkan. Keselamatan anak anda mestilah diutamakan dulu. Untuk itu, tumis atau 'grill' bahan-bahan tersebut sebelum dihidangkan bersama sosnya.Pastikan isi ayam tidak dimasak terlalu lama untuk mengelakkannya daripada menjadi liat.

Manakala petua yang diberikan juga boleh anda cuba. Contohnya petua untuk menghasilkan mayonis. Sekiranya anda merasakan mayonis yang dijual terlalu mahal dengan kuantitinya yang sikit, maka bolehlah anda beralih dengan menghasilkannya sendiri. Apa yang anda perlukan hanyalah kuning telur, minyak, jus lemon dan bahan perasa. Mudah bukan. Sememangnya ianya mudah disediakan dan tidak memenatkan tangan anda sekiranya mengunakan mesin pengacau "mixer".

Apapun, anda mestilah mencubanya terlebih dulu untuk melihat hasilnya. Kalau sesuatu yang anda hasilkan tidak menjadi, cubalah untuk kedua kalinya. Lama-lama anda akan mahir selain hasil yang menakjubkan pastinya tercipta. Sesungguhnya, kesungguhan perlu ada dalam diri terhadap apa jua kerja yang kita lakukan. Begitu jugalah dalam bidang masakan.