Selamat Datang Ke Studio Masakan Ku

Apabila perut berbunyi,
Akal mengarahkan agar makanan dicari.

Kaki bergerak menuruti hati.
Telinga mendengar mencari keistimewaan.
Mata memandang melihat kebaikan.

Tangan mengambil tanda disukai.
Mulut mengunyah merangsang lidah.
Bekalan dihantar tanda kesepakatan.


Salam perkenalan.
Selamat datang ke studio masakanku.
Terima kasih kerana mengunjungi blog ini.
Sebagai tetamu, anda amat chef hargai.
Keceriaan anda keutamaan bagi diriku.



Thursday, January 27, 2011

Resepi Sihat & Mudah - Sarapan Pagi & Minum Petang

Penghasilan sesebuah buku masakan pada zahirnya nampak mudah tetapi pada pengarangnya ianya merupakan satu proses yang menagih segala kudrat fizikal dan mental untuk merealisasikannya.

Segala perancangan perlulah diatur dengan begitu teliti untuk mengelakkan sebarang kecacatan pada hasilnya kelak. Kesenangan pembaca untuk menghasilkan sesuatu resepi agar ianya 'menjadi' diambil kira semasa proses pengolahan resepi.

Hanya resepi yang telah diuji sahaja akan diketengahkan agar pembaca tidak merasa diri ditipu dengan resepi yang tidak menjadi.Untuk itu, buku masakan ini diselitkan gambar 'langkah demi langkah' ataupun carakerja dan menjadi bukti terhadap kejayaan menyiapkan sesuatu resepi tersebut.

Tidak dinafikan terdapat bermacam jenis buku masakan yang boleh anda perolehi di pasaran. Namun berapa banyak bukukah yang mengenengahkan konsep bergambar 'langkah demi langkah' ini.

Rata-rata mempunyai gambar 'end product' atau gambar makanan yang sudah disiapkan. Pastinya pelbagai persoalan akan timbul disini. Tambah merunsingkan sekiranya masakan tersebut tidak menjadi.

Namun begitu, persoalan tersebut tidak ingin chef bincangkan di sini. Nanti marah orang pada chef. Biarlah!!! Setiap orang ada perancangan masing-masing yang melibatkan "marketing". Namun rata-rata pembaca tentu boleh menilai dan mendapatkan apa yang dirasakan berbaloi untuk diri mereka.

Apa yang chef ingin katakan, buku yang chef hasilkan ini agak unik disebabkan konsep 'food stylist' yang diterapkan dalam setiap masakan selain ianya mudah disediakan. 'Prop-prop' moden seperti pinggan mangkuk bermacam bentuk juga chef gunakan agar 'seri' sesuatu makanan itu nampak lebih terserlah.

Kiraan kalori bagi setiap resepi juga diselitkan bagi yang mengamalkan pemakanan sihat. Resepi yang diberikan juga boleh disiapkan tidak sampai 30 minit dan berasaskan bahan sedia ada di dapur.

Untuk anda, terimalah buku ini sebagai sumber ilham, pencetus idea hidangan ringkas lagi berkhasiat. Jadikanlah ia sebagai teman pembimbing dalam menyediakan segala hidangan untuk yang tersayang.

Sekiranya anda mahukan resepi yang berbaloi-baloi bagi kesihatan diri, milikilah buku istimewa ini!.

Bolehlah melayari link di bawah (copy paste dibahagian entri diatas) untuk keterangan lanjut tentang buku ini.

http://pts.com.my/index.php/berita/resipi-sarapan-pagi-dan-minum-petang-chef-hussin-kini-di-pasaran/

No comments:

Post a Comment