Bahan-bahan
- 1 ketul dada ayam
- 50 gm daun salad ‘lettuce’ (dikoyak/dicarik)
- 4 keping biskut keju
- 4 ulas oren mandarin (dalam tin)
- Sedikit serbuk cili / paprika
- Garam dan serbuk lada putih secukup rasa
- Sedikit minyak (untuk melumur ayam)
Bahan B (sos koktail)
- 2 sudu besar sos cili
- 1 sudu besar sos tomato
- 5 sudu besar mayonis
- Sedikit jus oren/limau
Cara Membuat
1. Perapkan dada ayam bersama serbuk cili, garam dan serbuk lada putih.
2. Lumurkan ia dengan sedikit minyak sebelum memanggang dada ayam hingga masak dan ketepikannya.
3. Untuk menyediakan sos koktail, campurkan kesemua bahan B lalu dikacau hingga sebati.
4. Ambil biskut keju dan sapukan dengan sos koktail tadi.
5. Letakkan daun salad di atas biskut tersebut sebelum meletakkan isi ayam yang telah dihiris nipis.
6. Letakkan buah oren mandarin di atas isi ayam tadi sebelum sos koktail dipaipkan ke atasnya.
7. Hiaslah hidangan anda sebelum menghidangkannya.
Tips
1. Hidangan ini sesuai dihidangkan sebagai hidangan pembuka selera dan boleh dimakan pada bila-bila masa.
P/S: Resepi ini adalah sejenis 'open face sandwich' dan kecil saiznya. Biasanya dijamu dalam pelbagai majlis koktel selain menjadi pembuka selera. Resepi ini telah dimasukkan dan disiar dalam Majalah Jelita Keluaran Januari 2011.
bahagian dada bagus,sbb takda lemak kan chef.
ReplyDeleteMemang betul kak. Satu lagi senang utk myediakannya. Selain panggang, boleh digoreng, direbus dll ikut kesesuaian.
ReplyDeletesalam ziarah chef hussin...sgt enjoy singgah blog u...mmmm menyelerakan
ReplyDeleteHani: Thanks k. Sudi2lah jenguk blog saya k. Really appreciate
ReplyDeleteAnother good idea for stand up reception party and cocktail. Very creative and have a style of your own.
ReplyDeleteThanks puan. Selamat mcuba.
ReplyDelete