Selamat Datang Ke Studio Masakan Ku

Apabila perut berbunyi,
Akal mengarahkan agar makanan dicari.

Kaki bergerak menuruti hati.
Telinga mendengar mencari keistimewaan.
Mata memandang melihat kebaikan.

Tangan mengambil tanda disukai.
Mulut mengunyah merangsang lidah.
Bekalan dihantar tanda kesepakatan.


Salam perkenalan.
Selamat datang ke studio masakanku.
Terima kasih kerana mengunjungi blog ini.
Sebagai tetamu, anda amat chef hargai.
Keceriaan anda keutamaan bagi diriku.



Thursday, December 23, 2010

Ayam Bakar Bermadu

Bahan-bahan
-          2 ketul ayam
-          1 sudu teh serbuk cili
-          1 sudu makan madu
-          1 sudu makan perahan limau
-          Garam dan gula secukup rasa

Bahan A (dikisar)
-          5 biji cili merah
-          1 batang serai
-          1 sm kunyit
-          5 biji bawang merah

Bahan B (disangai dan ditumbuk)
-          1 sudu teh serbuk jintan putih
-          1 sudu teh lada hitam

Cara Membuat
1.       Panaskan minyak dan tumis bahan kisar serta bahan tumbuk hingga naik baunya.
2.       Masukkan serbuk cili dan perahan limau lalu digaul sebati.
3.       Perasakan dengan madu, garam dan gula secukupnya.
4.       Perapkan ayam bersama perapan tadi selama ½ jam sebelum dibakar hingga masak.
5.       Hidangkanlah ayam bersama air asam serta sambal belacan dan dimakan bersama nasi.

Tips
1.       Selain madu dicampurkan bersama bahan perapan, madu juga boleh disapu apabila ayam separuh masak dan dibakar semula hingga masak.

No comments:

Post a Comment