Selamat Datang Ke Studio Masakan Ku

Apabila perut berbunyi,
Akal mengarahkan agar makanan dicari.

Kaki bergerak menuruti hati.
Telinga mendengar mencari keistimewaan.
Mata memandang melihat kebaikan.

Tangan mengambil tanda disukai.
Mulut mengunyah merangsang lidah.
Bekalan dihantar tanda kesepakatan.


Salam perkenalan.
Selamat datang ke studio masakanku.
Terima kasih kerana mengunjungi blog ini.
Sebagai tetamu, anda amat chef hargai.
Keceriaan anda keutamaan bagi diriku.



Monday, June 14, 2010

Istana Diraja Brunei - Suatu Kenangan Menarik Untuk Diperkatakan


Berdiri dihadapan meja hidangan utama Sultan Brunei

Hai, apa khabar blogger semua. Tak dilupakan juga kepada anda, pengikut setia blog studio masakan Chef Hussin. Semoga semuanya sihat-sihat belaka setelah mencuba segala resepi yang telah chef berikan. Harap percubaan anda menjadi serta menyukai resepi yang diberikan itu.

Untuk coretan kali ini, chef ingin berkongsi dengan anda segala pengalaman pahit dan manis sewaktu berada di kediaman manusia terkaya di dunia iaitu kediaman Sultan Brunei.

Pernah ada orang bertanyakan kepada chef soalan-soalan mengarut, apa pertalian chef dengan Sultan Brunei, adakah chef kerabat Diraja Brunei, ada apa-apa ke di Brunei. Lucu pun ada, rasa macam perli pun ada.

Apa pun soalan yang diajukan, chef hanya tersenyum sambil fikiran melayang ke negara Brunei yang sememangnya meninggalkan pelbagai kenangan. Sebenarnya, chef diundang ke sana sebagai Hyatt Support Staff dan bertindak sebagai Chef De Partie.

Segalanya bermula apabila chef diberi peluang semasa perkahwinan kekanda Putera Mahkota sekitar tahun 1992. Pertama kali di sana, terasa diri begitu kerdil selain bekerja bersama-sama dengan chef dari Thailand, India, Australia dan juga Malaysia.

Pelbagai ragam selain kepakaran dipertonjolkan oleh mereka dalam meraih pengiktirafan dari pihak Hyatt. Apa pun yang dipertonjolkan, ianya adalah untuk kebaikan bersama dalam memastikan perkahwinan tersebut berjaya.

Untuk pengetahuan anda, pihak Hyatt Borneo adalah pihak yang telah dipertanggungjawabkan oleh istana dalam segala urusan hospitaliti termasuk makan dan minum. Kepercayaan yang diberikan ini sebenarnya telah berlalu berdekad lamanya sampai ke saat ini.

Pihak Hyatt Borneolah, pihak yang memberi kepercayaan kepada chef setiap kali agenda nasional berlangsung di negara Brunei terutama sekali yang melibatkan istana. Segala urusan pergi dan balik selain tempat tinggal diuruskan oleh mereka. Bak kata orang semuanya 'free', hanya bawa diri dan beg pakaian saja. Gaji yang dibayar juga agak lumayan.

Pertama kali chef ke luar negara dan itulah juga pertama kali chef menaiki kapal terbang. Seronok tak terkira selain rasa bangga menyelubungi diri. Berita gembira ini telah chef ceritakan pada mak. Nak tahu apa yang terjadi.....habis satu kampung mak chef hebohkan disebabkan bangga anaknya dapat berkhidmat di istana raja.

Kerja di istana semasa adanya 'event' besar sememangnya sibuk semacam. Apa tidaknya, lenguh dan kejang selain melecet dibuatnya akibat bekerja. Kawan chef tumbang di dapur setelah empat hari bekerja disebabkan kepenatan. Terpaksalah minta tolong seorang 'wak' dari Indonesia yang turut bekerja untuk mengurutnya pada malam hari.

Kalau bakar ayam, bertan-tan ayam perlu disediakan. Maka prosesnya pun berjalanlah dari pagi hingga ke tengah malam. Itu baru satu hidangan belum lagi berbelas hidangan yang perlu disiapkan tepat pada masanya.

Chef juga diberi tanggungjawab dalam menyediakan makanan harian bagi putera puteri sultan mengikut menu yang telah ditetapkan. Ini terpaksa dilakukan setiap hari. Apa yang penting ianya perlu menepati citarasa yang dikehendaki oleh mereka. Contohnya kalau, putera sultan sukakan menu yang berkuah maka menu yang berkuahlah yang perlu disediakan.

Selain putera puteri, chef juga pernah menyediakan makanan untuk pegawai-pegawai khas sultan seperti tukang gunting rambut dan pemandu. Nak buatkan cerita, menu-menu yang berlainan perlu disiapkan dalam masa yang ditetapkan.

Terkadang-kadang, ada je 'request' baru yang datang secara tiba-tiba yang perlu disiapkan. Ini yang membuatkan chef terpaksa memasang gear 5 selain tak cukup tangan untuk menyediakan makanan yang diminta. Maklumlah, memasak ini perlukan masa. Bukannya 'tup tup' semuanya dah ada di depan mata.

Apapun, chef cuba siapkan secepat mungkin dengan pertolongan chef peribadi sultan. Chef ini yang memberi info tentang apa yang disukai dan apa yang tak disukai.

Untuk pengetahuan semua, chef sepatutnya berada di Brunei dari 9 - 26 hb Julai 2010 dalam menjayakan 'event' Hari Keputeraan Sultan Brunei. Tapi apakan daya, kaki chef belum pulih sepenuh akibat dari pembedahan lutut yang dilakukan awal Mei lalu. Takpelah....bukan rezeki chef kali ini.

Rasanya setakat ini sajalah chef dapat berkongsi tentang Brunei. Cerita-cerita selanjutnya tentang Brunei akan Chef berkongsi dalam post-post akan datang. Jenguk-jenguklah blog chef dari masa ke semasa ye.

5 comments:

  1. salam chef....saya dari kuala lumpur dan ingin bekerja di brunei dlm masa terdekat ini...saya pernah bekerja didalam industri hotel selama 16tahun..kebanyakannya di dapur sebagai tukang masak...yg terakhir di australia,sydney selama 2tahun.sekarang saya bekerja dikuala lumpur sebagai chef di western restoran...keinginan untuk bekeja di brunei telah lama ada...tapi tiada peluang untuk kesana.jika ada yg boleh memberi jalan untuk saya bekerja sebagai tukang masak di brunei..hamdulillah.

    ReplyDelete
  2. T.shah t.kamal said: Maaf kerana dah lama tidak ke udara kerana sibuk dgn urusan harian. Keinginan t.shah utk bekerja di sana memang saya alu-alukan. Sebarang soalan, bolehlah shah emailkan ke chefhussin@hotmail.com. Sediakan resume. Sekiranya ada kerja yang ditawarkan, bolehlah saya forwardkan resume shah ke brunei. Thanks..

    ReplyDelete
  3. as salam chef..
    saya student UiTM. saya nak tahu chef ada kenal or tau tak mne2 tukang masak or bekas tukang masak yg pernah berkhidmat di istana ? jadi chef diraja.. dpt yg paling lama berkhidmat pon bagus jgk sbb byk info saya boleh dapat.

    for your info, kami perlu siapkan satu project penting dan topiknya adalah tukang masak diraja. so, kalau tak keberatan saya nak minta jasa baik chef suggestkan mne2 chef/tukang masak seperti yg saya mentioned di atas.

    saya jarang on blogger. chef boleh email apa2 info after this kt email saya

    >> aina.zurina@yahoo.com

    thanks chef. :)

    ReplyDelete
  4. aslmkum sya berminat mencari kerja di brunai..pengalaman kerja 14 tahun..skrg position cdp..berkerja di hotel sunway..pernah ada pengalaman buat hidangan.pembesar2 negeri..termasuk agong..sultan mizan .sulatn johor,sulatn selangor dan sultan perak..pernah mememanagi beberapa award dlm cooking competetion skill,,jika ada kekesokosongan... tolong maklum kan sya ke no 0139548430..tq

    ReplyDelete