Selamat Datang Ke Studio Masakan Ku

Apabila perut berbunyi,
Akal mengarahkan agar makanan dicari.

Kaki bergerak menuruti hati.
Telinga mendengar mencari keistimewaan.
Mata memandang melihat kebaikan.

Tangan mengambil tanda disukai.
Mulut mengunyah merangsang lidah.
Bekalan dihantar tanda kesepakatan.


Salam perkenalan.
Selamat datang ke studio masakanku.
Terima kasih kerana mengunjungi blog ini.
Sebagai tetamu, anda amat chef hargai.
Keceriaan anda keutamaan bagi diriku.



Sunday, February 6, 2011

Udang Goreng Tempura

Untuk post kali ini, chef ingin berkongsi dengan anda resepi udang yang mana ianya mudah disediakan pada bila-bila masa. Apa yang penting, kena ke pasar cari udang. Udang yang hendak dibeli itu mestilah bersaiz sederhana besar. Kalau saiz yang kecik, ianya tak berapa sesuai untuk menghasilkan menu ini. 

Hidangan yang chef sediakan ini sebenarnya sesuai dihidangkan di parti-parti koktel atau sebarang jenis majlis yang ingin anda adakan. Tak kurang juga, ianya sesuai dihidangkan sebagai makanan untuk minum petang. Untuk itu, chef berharap anda dapat mencubanya.........chow chi chow.

Untuk menyediakan menu ini, bancuhan tepung perlu disiapkan terlebih dulu dengan menggunakan bahan seperti tepung tempura, telur, garam dan serbuk lada secukup rasa selain air secukupnya. Gaulkannya ia agar sebati (tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair).

Udang yang hendak digunakan mestilah dibuang kulit dan "tali perut", hanya tinggalkan ekornya. Udang ini juga perlu diperap dengan sedikit serbuk cili, garam dan serbuk lada putih. Boleh juga dimasukkan jus lemon atau limau.

Panaskan minyak. Celup udang ke dalam bancuhan tepung tadi lalu goreng udang hingga kuning keemasan.
Toskan minyak dan hidangkannya dengan sos "pranom'....sos cili Thai.

Sebelum mengundur diri, chef letak kat sini info lanjut tentang buku chef di portal PTS.
http://pts.com.my/index.php/berita/chef-husin-hasil-resipi-sihat-dalam-gaya-menarik/

9 comments:

  1. wah sungguh menarik harus dicuba ni:)

    ReplyDelete
  2. Puan suri: Biasa je...saya buat apa yg termampu
    Nieza: Cubalah...ianya memang mudah

    ReplyDelete
  3. salam Chef, waaah terliurnya tgk udang tertonggek dlm bekas tuh...nampak sungguh rangup! Nice pic!

    ReplyDelete
  4. Ummi: Thanks. Sentuhan food stylist atau penggayaan makanan cuba digunakan dalam setiap makanan yang chef hidangkan. Secara tidak langsung ianya dapat menarik hati orang untuk mencubanya. Selamat mencuba....

    ReplyDelete
  5. as salam chef,

    rupanya udang kena buang semua kulit n kepala ye

    selalu kita masak ..tak buang kulit..hehe
    tak pandai ^__^


    Jom baca: Breast Cancer...??

    ReplyDelete
  6. Salam ati: Udang sebaiknya dibuangkan kulit dan kepalanya selain tali perutnya dibahagian belakang udang. Ini akan memudahkan bahan perapan yang digunakan menyerap masuk atau melekat pada isi udang. Barulah terasa sedap udang itu setelah ianya digoreng.

    ReplyDelete
  7. chef: tak de cara ke nak buat tepung tempura ni sbb kat France ni, saya tak jumpa lagi tepung tempura...

    ReplyDelete
  8. Haleena: Tepung tempura ni tepung yang dah siap. Kebiasaannya tepung ini digunakan dalam masakan Jepun. Mungkin harleena boleh dapatkan di restoran Jepun...itupun kalau mereka nak jual. Rasanya tak salah kalau gunakan tepung goreng ayam.

    ReplyDelete