Selamat Datang Ke Studio Masakan Ku

Apabila perut berbunyi,
Akal mengarahkan agar makanan dicari.

Kaki bergerak menuruti hati.
Telinga mendengar mencari keistimewaan.
Mata memandang melihat kebaikan.

Tangan mengambil tanda disukai.
Mulut mengunyah merangsang lidah.
Bekalan dihantar tanda kesepakatan.


Salam perkenalan.
Selamat datang ke studio masakanku.
Terima kasih kerana mengunjungi blog ini.
Sebagai tetamu, anda amat chef hargai.
Keceriaan anda keutamaan bagi diriku.



Saturday, February 19, 2011

Pai Epal Bersos Strawberi

Assalamualaikum dan apa khabar.

Untuk kali ini, chef bawakan hidangan pencuci mulut yang mana pastinya akan menaikkan mood anda hujung-hujung minggu sebegini. Apa kata anda cuba resepi 'Pai epal" pulak. Ianya mudah disediakan selain hanya menggunakan beberapa bahan sahaja selain mudah didapati. Chef berharap agar anda dapat mencubanya dalam menceriakan hidup keluarga anda. 

Selamat mencuba.....chow chi chow.....

Bahan-bahan
Bahan A (Intinya)
-          5 biji epal hijau (dihiris nipis)
-          100 gm gula
-          2 sudu makan jus lemon
-          Sedikit air

Bahan B (Dohnya)
-          250 gm tepung gandum
-          125 gm mentega
-          Secubit garam
-          Air secukupnya

Cara Membuat
1.       Untuk menghasilkan intinya, panaskan gula bersama sedikit air hingga cair dan pekat.
2.       Masukkan epal dan masak ia hingga sedikit layu.
3.       Masukkan jus lemon lalu digaul sebelum disejukkan.
4.       Untuk kulitnya, campurkan kesemua bahan lalu digaul hingga menjadi doh dan rehatkan di dalam peti sejuk.
5.       Ambil sedikit doh lalu diuli sederhana tebal lalu dimasukkan ke dalam piring pai.
6.       Ambil garpu lalu ditekan ia sebelum dibakar selama 10 minit di dalam ketuhar.
7.       Keluarkan piring pai dan masukkan inti epal kedalamnya sebelum ditutup dengan lebihan doh yang diuli sederhana tebal.
8.       Sapukan pai dengan kuning telur dan bakar hingga masak atau bakar ia selama 30 – 35 minit (bergantung kepada saiz pai).
9.       Setelah masak, hidangkanlah pai bersama sos strawberi dan hirisan buah-buahan.

Tips

1.       Inti pai segera juga boleh digunakan dan boleh didapati dikebanyakan pasaraya.
2.   Hidangkan pai bersama sos strawberi yang boleh didapati dipasaraya.

8 comments:

  1. mengancam semacam stoberi tu...nyum2

    ReplyDelete
  2. perghhh memang best...harus dicuba ni..tq sharing chef!..:)

    ReplyDelete
  3. Hem...best ni kalau makan dengan ice cream. MUST TRY.

    ReplyDelete
  4. Amie, Nieza & Paty's: Mesti try k. Memang sedap kalau makan dgn air cream.

    ReplyDelete
  5. Maaf ya chef, saya x penah buat pastri, jadi nak tanya, suhu ketuhar brp? terima kasih.

    ~naemah~

    ReplyDelete
  6. Naemah: Suhu ketuhar dalam lingkungan 170 - 180C. Seeloknya 180C k

    ReplyDelete
  7. saya obses dgn pai epal..thanks.

    ReplyDelete
  8. Zanafahmi: Selamat mencuba......

    ReplyDelete