Selamat Datang Ke Studio Masakan Ku

Apabila perut berbunyi,
Akal mengarahkan agar makanan dicari.

Kaki bergerak menuruti hati.
Telinga mendengar mencari keistimewaan.
Mata memandang melihat kebaikan.

Tangan mengambil tanda disukai.
Mulut mengunyah merangsang lidah.
Bekalan dihantar tanda kesepakatan.


Salam perkenalan.
Selamat datang ke studio masakanku.
Terima kasih kerana mengunjungi blog ini.
Sebagai tetamu, anda amat chef hargai.
Keceriaan anda keutamaan bagi diriku.



Wednesday, February 2, 2011

Menghasilkan Mayones Sendiri

Untuk post kali ini, chef ingin berkongsi dengan anda tips untuk menghasilkan mayones sendiri. Anda hanya memerlukan beberapa jenis bahan saja untuk menghasilkannya. Yang pasti, kuning telur selain minyak  digunakan untuk menghasilkannya.

Apa yang perlu anda lakukan ialah pukul kuning telur bersama sedikit mustard (dijon) hingga kembang dan 'creamy'. Bagi yang tidak mengetahui apa itu mustard, ianya berwarna kuning dan dalam bentuk separuh cecair. Kebiasaannya mustard ni dihidangkan bersama sos cili dan tomato dalam hidangan seperti hotdog dalam filem2 barat tu. Ha tentu anda ingat bukan.

Ok kita sambung proses seterusnya. Setelah ianya dipukul kembang, minyak jagung hendaklah dimasukkan sedikit demi sedikit sambil dipukul berulangkali. Kadang-kadang lenguh dibuatnya tangan apabila menyediakan mayones ini. Kalau tak larat, mesin pemukul atau 'mixer' boleh anda gunakan.

Penghasilan mayones diakhiri dengan memasukkan jus lemon atau limau selain diperasakan dengan garam, serbuk lada putih dan juga gula. Chef saja memasukkan gula kerana mayones yang dikomersial memang mengandungi gula selain bahan-bahan pengawet. Kalau semasa chef mengajar di fakulti, memang jarang sekali chef memasukkan gula.

Sekiranya mayones menjadi pekat semasa memukul, air suam boleh dimasukkan untuk mengurangkan kepekatannya. Yang penting apa jua bahan yang dimasukkan, mayones haruslah dipukul agar bahannya menjadi sebati.

Apabila memperkatakan tentang minyak, minyak jagung adalah minyak yang paling sesuai digunakan kerana ianya tidak begitu berbau berbanding minyak kelapa sawit. Namun begitu, minyak kelapa sawit banyak digunakan dalam penghasilan mayones secara komersial selain ianya murah.

Kini mayones yang anda idam-idamkan telah dapat dihasilkan. Dengan menggunakan mayones ini, anda boleh menghasilkannya sos lain seperti Sos 1000 Pulau, Sos Koktel, Sos Tartar dan lain-lain lagi. Mungkin dalam post-post akan datang chef akan terangkan bagaimana untuk menghasilkannya.

Sebelum mengakhiri post kali ini, chef sertakan info terkini tentang buku chef di portal PTS. Sebenarnya dua buah buku chef akan berada serentak di pasaran selepas raya cina.  Chef berharap agar buku-buku ini boleh dijadikan sebagai panduan serta inspirasi dalam menyediakan hidangan berkhasiat untuk keluarga tersayang.
http://pts.com.my/index.php/berita/chef-husin-hasil-resipi-sihat-dalam-gaya-menarik/

8 comments:

  1. salam chef..beruntung saya jadi follower chef,,,banyak info yang chef kongsikan..

    ReplyDelete
  2. kalo yg wat sndiri ni tahan bape lame???

    ReplyDelete
  3. chef...klu takde mustard boleh tak?

    ReplyDelete
  4. Suri solehah: Thank coz sudi jadi follower chef. InsyaAllah banyak lagi tips2 masakan akan chef kongsikan.

    Bre_eze: Mayones komersial mgandungi bahan pgawet agar ianya tahan lama. Bagi yg myediakannya sdiri, gunakanlah ia tidak lebih dari seminggu. Simpan ia didalam peti sejuk utk mgelakkannya rosak. Seperkara lagi, mknn berprotein spt mayones mudah rosak akibat tindakan mikrob skiranya terdedah lama kpda psekitaran. Utk itu, simpan didlm bekas bersih yg mpunyai penutup selain suhu sejuk diperlukan agar ianya tidak rosak dgn mudah sekiranya disediakan dlm kuantiti yg byk.

    ReplyDelete
  5. Ctnaemah: Pggunaan mustard memberi tekstur 'creamy' kpd mayones smasa proses awalan pukulan dibuat selain mmudahkan pgabungan minyak agar ianya lebih sebati. Mayones juga boleh dihasilkan sekiranya tiada mustard digunakan. Jawapan...takpe kalau xde mustard.

    ReplyDelete
  6. salam chef,

    sori lama tak datang..bz skit

    bestlah dapat belajar buat mayo sendiri
    bertuah jadi geng chef hussin ^_^

    ReplyDelete
  7. pasai buku chef tu
    nanti bila kita ke alamanda
    nak carilah di MPH

    ReplyDelete
  8. Ati Masrif: Thanks. Btw, buku akan ada di pasaran dlm masa terdekat ni. Mungkin dalam seminggu dua ni dah ada kot. Boleh juga ati refer portal www.pts.com.my utk keterangan lanjut.

    ReplyDelete