Selamat Datang Ke Studio Masakan Ku

Apabila perut berbunyi,
Akal mengarahkan agar makanan dicari.

Kaki bergerak menuruti hati.
Telinga mendengar mencari keistimewaan.
Mata memandang melihat kebaikan.

Tangan mengambil tanda disukai.
Mulut mengunyah merangsang lidah.
Bekalan dihantar tanda kesepakatan.


Salam perkenalan.
Selamat datang ke studio masakanku.
Terima kasih kerana mengunjungi blog ini.
Sebagai tetamu, anda amat chef hargai.
Keceriaan anda keutamaan bagi diriku.



Sunday, October 30, 2011

Buku Masakan Chef Yang Boleh Anda Dapatkan Di Pasaran

Assalamualaikum......

Hari ini chef berkesempatan untuk berkongsi dengan anda 4 buah buku masakan chef keluaran PTS Millinea yang telah pun berada dipasaran seawal Februari yang lalu.


Buku Sarapan Pagi dan Minum Petang selain Makan Tengahari & Makan Malam adalah dua buah buku yang telah berada di pasaran awal Februari 2011 dan diikuti dengan buku Salad & Buah selain Pembuka Selera pada bulan berikutnya.

Kepada semua penggemar masakan, bolehlah jadikan buku chef ini sebagai buku panduan dalam mencuba masakan-masakan yang mudah disediakan selain berkhasiat untuk diri dan keluarga anda.


Maklumat nutrisi juga dimuatkan dalam merancang menu yang bersesuaian dan menjadi panduan dalam menghasilkan menu berkhasiat buat seisi keluarga.


Selain itu, sentuhan "pengayaan makanan" atau "food styling" juga chef terapkan dalam setiap hidangan agar masakan yang disediakan akan lebih terserlah dan menarik minat orang sekeliling untuk mencubanya.

Pastinya anda dapat memikat sesiapa saja untuk merasa masakan anda dengan gaya persembahan yang bersahaja lagi memukau....bak kata orang memasak seperti seorang chef profesional di rumah anda sendiri.

Untuk anda yang belum mendapatkan buku ini, segeralah ke kedai buku terdekat untuk mendapatkannya. Rasanya memang berbaloi kerana setiap buku mengandungi 45 buah resepi bergambar. Turut dipaparkan langkah demi langkah agar makanan yang disediakan memang menjadi.

Terimalah buah tangan chef ini khas buat anda selain menonton chef dalam rancangan Spice Routes musim ke-4 yang ditayangkan di TV3 pada setiap hari Jumaat.

Sesungguhnya penglibatan anda memeriahkan lagi dunia masakan atau lebih dikenali sebagai dunia kulinari. Jutaan penghargaan chef tujukan buat anda yang terus menyokong dunia ini.

Selamat mencuba dan terima kasih kerana memiliki buku chef.

8 comments:

  1. Assalam Chef Hussin,
    lama tak datang sini, Kak Amie dah beli buku-buku masakan di atas tu di Lahad Datu awal tahun , beli 3 buah tapi sampai rumah rupanya 2 buah buku sama tajuk....nanti senang-senang boleh cuba masak, resepinya ringkas & mudah saja ye... wokey, terus tulis buku resepi lagi ye Chef.

    ReplyDelete
  2. Walaikumussalam kak amie. Thanks diatas sokongan yg diberikan. Saya hargai sgt. InsyaAllah dah settle segalanya dgn spice routes, nanti saya Akan tumpukan dalam menghasilkan buku2 masakan baru. Ttg buku2 ni bolehlah kak rekomenkan pd kawan2 Dan jiran. Takpun dijadikan gift utk apa event pun. Thanks sekali lagi kak.

    ReplyDelete
  3. As'salam Chef Hussin. tr kasih kerana berkongsi segala ilmu masakkan. Buku resipi dari chef akan k.ct cari dikedai2 buku, insya'Allah. semoga buku resipi chef ini dapat memberi serba sedikit pengalaman yang chef ada untuk k.ct pelajari bersama. terima kasih sekali lagi ya chef.

    ReplyDelete
  4. Walaikumussalam kak ct. Thanks coz sudi singgah disini and thanks for the support. Hargai sang at. Terima kasih.

    ReplyDelete
  5. Assalammualaikum chef,menarik buku resepi tu teringin nak dapatkannya...tapi saya ni dok jauh di oversea..insyaAllah nanti blk akan saya carikan..terima kasih diatas perkongsian ilmu chef. semoga chef terus berjaya dunia dan akhirat..insyaAllah.

    ReplyDelete
  6. Walaikumussalam puan nieza. Terima kasih di atas minat puan thadap buku saya. Really appreciate....

    ReplyDelete
  7. salam chef..berselera tgk hidangan2 tu..akan saya dapatkan buku2 tu..semoga berjaya.

    ReplyDelete
  8. Wsalam puan. Terima kasih di atas kesudian puan utk dapatkan buku masakan saya. Hargai sgt2.

    ReplyDelete