Selamat Datang Ke Studio Masakan Ku

Apabila perut berbunyi,
Akal mengarahkan agar makanan dicari.

Kaki bergerak menuruti hati.
Telinga mendengar mencari keistimewaan.
Mata memandang melihat kebaikan.

Tangan mengambil tanda disukai.
Mulut mengunyah merangsang lidah.
Bekalan dihantar tanda kesepakatan.


Salam perkenalan.
Selamat datang ke studio masakanku.
Terima kasih kerana mengunjungi blog ini.
Sebagai tetamu, anda amat chef hargai.
Keceriaan anda keutamaan bagi diriku.



Thursday, March 10, 2011

Perkara Haru Biru & Nasi Lemak Kopi O

Untuk post kali ini, takde apa yg ingin chef bincangkan. Sekadar bercoleteh tentang apa yg terjadi semasa di set Nasi Lemak Kopi O TV9 tempohari. Syukur...segmen yang chef hadiri hari itu telah berjaya chef sempurnakan dengan sebaik mungkin.

Pada mulanya memang terasa "dup dab dup dab" jantung chef kembang kempis. Maklumlah first time live on air. Masa yang diberikan juga agak singkat iaitu lebih kurang 8 minit. Tapi alhamdulillah, dapat juga siapkan dua resepi iaitu Penjan Sri Perak dan juga Sambal Tumis Ikan Bilis selain dapat mempromosi buku masakan chef aritu.

Sebenarnya, ada peristiwa lain yang berlaku aritu sebelum ke Sri Pentas. Air gula Melaka yang akan chef gunakan untuk resepi Penjan ini sebenarnya tertinggal di Penang. Nasib baiklah chef tersedar "cepat" tentang hal ini. Perkara ini pun chef sedar semasa chef sedang 'memerut' dalam tandas tempohari.

Pada mulanya kelam kabut juga dibuatnya. Maklumlah...mana nak cari gula Melaka pagi-pagi buta ditengah-tengah bandar pula tu. Chef bukannya 'familiar' sangat dengan kawasan Bandar Utama. Tambahan pula, shooting akan bermula dalam pukul 9 pagi.

Mujurlah ada sebuah hotel yang terletak di kawasan berhampiran Sri Pentas. Nak tak nak, terpaksalah chef ke hotel itu dan berjumpa dengan salah seorang chef restoran tersebut. Chef telah meminta tolong daripada chef tersebut untuk mendapatkan gula Melaka.

Setelah lama menunggu di depan restoran tersebut, kelibat chef tersebut kelihatan dari jauh tanpa sebarang objek di tangan. Chef dah kecut pada mulanya namun setelah beliau mengeluarkan seketul gula Melaka dari poketnya, barulah lega rasanya.

Tujuan beliau buat begitu adalah disebabkan "security reason". Silap-silap beliau boleh dibuangkan kerja kerana membawa keluar 'barang' dari hotel. Apapun chef bersyukur kerana beliau telah sudi untuk membantu.

Untuk tujuan 'security' jugalah chef tak dapat untuk meletakkan namanya serta hotel tempat beliau bekerja. Apapun chef benar-benar hargai pertolongan beliau dan ucapkan ribuan terima kasih.

Apabila berkata tentang rancangan Nasi Lemak Kopi O, chef telah digandingkan dengan Farah AF untuk menjayakan segmen masak2 itu. Farah nampak begitu bersahaja aritu tanpa sebarang perasaan gugup.

Kalau gugup pun mungkin dari chef, maklumlah first time live. Tapi perasaan gugup ini chef dapat kawal aritu. Syukur banyak2 pada Allah kerana menolong chef di saat2 chef memerlukan kekuatan.

InsyaAllah, minggu ini pun chef akan ke udara lagi dalam rancangan ini. Menu yang akan chef kongsikan adalah sejenis lempeng. Nak tahu lempeng apa.....itu anda kena tonton dulu k.

Semoga berjumpa lagi, jangan lupa untuk mendapatkan buku masakan chef di kedai2 buku berhampiran dengan anda.

P/S: Buku akan berada dipasaran dalam masa terdekat. Jangan risau k....dalam masa terdekat ini.

4 comments:

  1. nampak ok je chef ketika ke udara. Setiap sesuatu pasti ada pertama kalinya.. selepas ini, sudah pasti tidak gugup lagi :D

    ReplyDelete
  2. salam.. kak ilah juga sempat lihat rancangan tu..sebab farah adalah saudara kami mesti tak lepaskan rancagan tu jika ada masa...

    ReplyDelete
  3. Hasfazilah: Thanks. Apapun saya akan cuba yg terbaik. Kdg2 gugup ni bergantung pd keadaan. Hope minggu ni dah perform sebaik mungkin

    Ilahjy: Wsalam. Ni mesti 'fan' rapat farah.

    ReplyDelete
  4. Salam chef...Akak pun tengok jgk chef masak kat Nasi Lemak Kopi O tu.. Waah seorang Chef mcm ni pun ada debaran eks, tp tengok ok jek, mcm dah biasa sangat2 jek...kalau bg kat kitaorg terus x berasap dapur masa live tuh..hehee..alhamdulillah ok sume ya Chef...baik hati hamba Allah yg menolong tuh..

    ReplyDelete