Selamat Datang Ke Studio Masakan Ku

Apabila perut berbunyi,
Akal mengarahkan agar makanan dicari.

Kaki bergerak menuruti hati.
Telinga mendengar mencari keistimewaan.
Mata memandang melihat kebaikan.

Tangan mengambil tanda disukai.
Mulut mengunyah merangsang lidah.
Bekalan dihantar tanda kesepakatan.


Salam perkenalan.
Selamat datang ke studio masakanku.
Terima kasih kerana mengunjungi blog ini.
Sebagai tetamu, anda amat chef hargai.
Keceriaan anda keutamaan bagi diriku.



Sunday, October 3, 2010

Sentuhan Kreatif Dalam Majalah Jelita


Tatkala Lelaki Takluk Dapur.......

Hmmm...tajuknya agak mengancam dan menyentap jiwa para wanita sebaik saja menyelak ruangan Sajian Majalah Jelita keluaran bulan Oktober. Mana tidaknya, takhta dan gelaran yang disandang oleh mereka dikikis sedikit demi sedikit, hari ke hari oleh kebanyakan tukang masak lelaki yang bergelar Chef.

"Akak-akak, makcik-makcik, jangan marah tau". "Mohon laluan untuk chef berkreatif ya". Apa yang dilakukan bukanlah untuk bersikap sombong atau bangga diri. Ianya lebih kepada perkongsian ilmu selain memartabatkan profesion yang dicemuh suatu ketika dulu.

Kalau dulu, pekerjaan sebagai tukang masak ini bukanlah satu profesion yang disanjungi.  Apatah lagi kalau disuruh untuk menceburinya. Pasti ramai yang akan memberi komen negatif....tambah-tambah kalau seseorang itu bekerja di hotel.

Masa terus berlalu dan lihatlah perubahan yang berlaku kini. Profesion ini begitu digemari malah memberi pulangan yang begitu lumayan bagi yang menceburinya. Di merata tempat boleh dilihat kursus masakan ditawarkan. Universiti-universiti di negara ini juga mengambil peluang yang ada dalam menganjurkan kursus-kursus di peringkat diploma dan ijazah.   

Ada seorang kawan pernah bertanya kepada chef. "Apa yang seronok sangat menjadi chef ni". Mudah jawapan chef kepada beliau "chef tidak pernah lapar". Maklumlah dah jadi mat periuk. Setiap hari mengadap makanan. "Ngap" apa saja yang melintang di depan mata kalau perut dah mula terasa lapar. 

Yang menariknya, jarang seseorang chef itu akan merasa lapar. Mungkin ianya disebabkan perbuatan "merasa" yang dilakukan dalam menilai kesedapan sesuatu masakan tersebut. 
Apa yang pasti, ilmu yang dipelajari selama ini bermulanya dari dapur ibu. Pengorbanan ibu tidak akan dilupakan begitu saja. Segala ilmu yang diperolehi adalah berkat didikan seorang wanita yang bergelar ibu.

Sekalung tahniah dan penghargaan kepada anda yang selama ini bersusah payah dalam menjaga makan dan minum suami dan anak-anak. Walau di mana si suami atau anak berada, kesedapan air tangan ibu atau isteri pastinya ditagih.
Bagi diri chef, ilmu haruslah dipelajari hingga hujung hayat. Hakikatnya chef masih lagi dahagakan ilmu dan  terus-menerus mempelajari ilmu memasak ini. Chef akui memang seseorang itu tidak boleh lari daripada kesilapan. Kesilapan itulah yang mengajar seseorang itu menjadi lebih matang dan bersedia.

Sokongan anda amat diharapkan selain ianya memberi satu semangat dan inspirasi untuk diri terus berjaya. 

Salam ikhlas dari chef dan semoga berjumpa lagi...... 


No comments:

Post a Comment