Assalamualaikum.....
Apa khabar semua.
Maaf kerana telah lama chef tidak ke udara untuk meninggalkan sebarang post disebabkan perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan.
Syukur alhamdulillah, sudah 2 minggu lamanya chef berada di Turki.
Pelbagai kenangan serta suka dan duka telah chef tempuhi. Masa di Turki terasa bagaikan bergerak laju walaupun siangnya memang panjang.
Pada peringkat awal berada di Turki memang mendatangkan masalah pada Chef. Masalah yang chef maksudkan ialah masalah makan. Ianya bukan disebabkan tiadanya makanan halal tapi masalah penyesuaian makanan orang Turki yang lebih gemarkan memakan makanan berdaging seperti daging kambing dan sebagainya.
Mujurlah beras mudah didapati di Turki selain pes Adabi yang dibawa bersama untuk dimasak di bilik hotel setiap kali selepas setiap tugasan diselesaikan.
Tiap-tiap hari chef dan team chef akan makan nasi berlaukkan ayam yang dimasak dengan pelbagai rasa seperti masak kicap, masak kari, masak kunyit, bersambal tumis dan sebagainya.
Selepas dua minggu berlalu, barulah terasa jemu dengan nasi. Dah dua hari chef makan menu kambing bersama roti dan dihidangkan dengan pelbagai jeruk seperti buah zaitun, cili padi, cili hijau, tomato dan sebagainya.
Pada awal ketibaan chef ke Turki, cuacanya agak sejuk. Namun disaat ini cuacanya telah beralih kepada cuaca sedikit panas. Yang paling chef tidak tahan ialah sewaktu pengambaran di Harran di mana cuacanya terlalu panas. Kulit chef dan team semuanya dah mula gelap akibat dari kesan panas di bandar tersebut.
Bercakap tentang bandar Harran, ia sebenarnya terletak bersempadan dengan negara Syria. Ianya terkenal disebabkan rumah kecubung atau dikenali sebagai "Behive House". Penduduk disini masih lagi mendiami rumah-rumah sebegini yang diperbuat daripada tanah dan tanah liat. Kadang-kadang dindingnya ditempek dengan tahi keldai atau lembu. Penduduk yang mendiami kawasan ini adalah daripada puak Kurdish Turki.
Seperkara lagi yang chef tidak dapat lupakan ialah sewaktu menziarahi masjid Nabi Ibrahim a.s di Sanliurfa. Ianya merupakan tempat dimana nabi pernah dibakar oleh Raja Namrut yang zalim.
Menariknya, mata air terjadi selepas nabi tercampak bersama api ditempat tersebut. Dan sehingga ke hari ini, airnya masih mengalir lalu membentuk tasik.
Syukur alhamdulillah, chef berpeluang bersolat dan sujud di masjid nabi selain dapat merasa air mata air tersebut. Yang menyedihkan, ramai orang Islam yang datang hanya sekadar mengambil gambar sahaja. Keberkatan yang terhidang didepan mata tidak dimanfaatkan dengan bersolat dan sujud di Masjid Nabi.
Turki......memang sebuah negara yang unik. Terdapat pelbagai tarikan yang boleh dimanfaatkan semasa melancong. Namun begitu, chef bergerak bersama team ke tempat-tempat yang pelancong sendiri tak pernah lalui. Itu yang membuatkan perjalanan chef dalam rancangan ini menjadi lebih menarik.
InsyaAllah, pada Oktober ini rancangan Spice Route musim ke-4 akan ke udara. Eloklah....anda sendiri yang saksikan perjalanan chef di negara Turki ini. Nak cerita mungkin tak sepenuhnya seperti apa yang dirakamkan.
Untuk itu, jangan lupa bersama chef dalam Spice Route musim ke-4 yang dibawakan khas untuk anda oleh Adabi dan TV3.
Sekian....salam dari Turki
assalamualaikum chef,
ReplyDeleteseronoknya dpt byk pengalaman berharga di tempat orang...
salam chef, seronoknyer baca kisah chef di turki ni.. syahdu bila tengok gambar mata air yg dah menjadi tasik.. alhamdulillah, chef diberi peluang ke sana dan merasai kenikmatan beribadah di masjid tersebut dan meminum air tu.. take care ya chef smoga sihat dan selamat sentiasa ... amin..
ReplyDeletesalam chef.. owh dlm diam byk program chef sekrng.. papepon congrates!!! hope chef sehat2 selalu.. kaki dah ok chef??? i can't wait this programme
ReplyDeleteAmie & K.nor: Syukur alhamdulillah. Saya pun tak sangka akan diberikan peluang sebegini olehNya. Apapun thanks diatas sokongan yg diberikan
ReplyDeleteIkmal: Thanks. Btw, kaki dah ok. Dah boleh panjat gunung dan bukit, meredah hutan dan sebagainya dlm program ini.
ReplyDeletemesti sejuk tinggal dlm rumah yg dibuat dr tanah dan najis binatang tu kan? chef tak cuba tdo kat situ ke?
ReplyDeleteSalam kunjungan... teruskan berbloging.. senang2 singgah la ke blog saya ;)
ReplyDeletehttp://www.zuwairiaiman.com
Zanafahmi: Memang sejuk duk dalam rumah tu. Chef terlelap selama 30 minit dlm rumah tu. Maklumlah tidur atas carpet pulak tu.
ReplyDeleteZuwairi: InsyaAllah nanti saya singgah...thanks
turki majoriti rakyat agama ape?
ReplyDeletekenapa susah cari makanan halal