Selamat Datang Ke Studio Masakan Ku
Akal mengarahkan agar makanan dicari.
Kaki bergerak menuruti hati.
Telinga mendengar mencari keistimewaan.
Mata memandang melihat kebaikan.
Tangan mengambil tanda disukai.
Mulut mengunyah merangsang lidah.
Bekalan dihantar tanda kesepakatan.
Salam perkenalan.
Selamat datang ke studio masakanku.
Terima kasih kerana mengunjungi blog ini.
Sebagai tetamu, anda amat chef hargai.
Keceriaan anda keutamaan bagi diriku.
Monday, April 23, 2012
Jenguk Sebentar
Assalamualaikum semua.....
Dah lama chef tak ke sini. Sekadar lalu dan eloklah chef tuliskan sesuatu.
Untuk musim baru Spice Routes, chef tidak lagi menjadi hos rancangan itu. Setelah selesai saja musim ke 4 hari itu, chef agak terikat dengan komitmen kerja. Agak susah untuk chef menggembara untuk satu jangka masa yang lama. Untuk itu, chef mengambil keputusan untuk mengundur diri dan beri laluan kepada chef baru.
Apapun chef tak kisah tentang hal itu.....itulah dinamakan rezeki. Buat masa sekarang chef hanya menumpukan kepada penghasilan buku masakan selain tunggu offer lain untuk menerbitkan sebarang rancangan masakan berbentuk studio. InsyaAllah rancangan berbentuk masakan berbentuk studio ni lebih mudah untuk chef sertai. Kalau tidak waktu cuti semester, masa hujung minggu akan chef gunakan.
Apapun buat masani, chef terhadkan penglibatan chef dalam sebarang rancangan disebabkan komitmen kerja. Disebabkan itu, undangan untuk rancangan seperti MHI dan NLKO terpaksa chef tolak. InsyaAllah ada kesempatan di lain kali, pasti chef akan join.
Untuk pengemar Spice Routes Musim Ke 5, berilah sokongan anda kepada hos baru. Yang pasti banyak info menarik akan dipaparkan buat tatapan anda sekeluarga.
Sekian....jumpa lagi.
Chef Hussin
Sunday, February 26, 2012
Catatan Bergambar Semasa Berada Di Turki......
Assalamualaikum......
Dikesempatan ini, chef masih lagi ingin kongsikan kenangan bergambar semasa berada di Turki. Untuk itu, skrol dan terus skrol.......
Pemandangan di atas salah sebuah bukit di Konya Turki
Cara orang tempatan berpiknik.....di atas bukit pulak tu
Bersantai-santai di petang hari sambil menghirup kopi Turki
Inilah antara hotel penginapan chef di Turki
Di kilang pemprosesan minyak ros.....wangiiiii
Suatu masa dulu...inilah peralatan tradisional menghasilkan minyak bunga ros
Haha...inilah hasil ros yang kini banyak dipasarkan di Eropah
Disalah sebuah bandar yang menghasilkan minyak ros
Pekerja sedang memetik bunga ros.....
Dalam perjalanan ke destinasi seterusnya....singgah sebentar di bandar pesisir pantai
Masih di situ.....berehat sebentar
Sungguh ramah orang Turki....siap menyapa chef..
Bukit yang berbatu-batu menghiasi perjalanan chef
Ini di hotel penginapan yang lain pulak.....

Saturday, January 28, 2012
Catatan bergambar semasa di Turki
Apa kata untuk kali ini, kita sama-sama melihat gambar yang sempat chef rakamkan semasa berada di negara Turki.
Ini sajalah kenangan yang dapat chef kongsikan selain rakaman Spice Routes 4 yang telah pun melabuhkan tirainya.
Ini adalah antara baklava iaitu sejenis manisan yang terkenal di Turki
Antara jenis baklava....namanya tak berapa ingat
Yang ni, proses menghasilkan yogurt secara traditional
Pemandangan dari atas bukit di daerah Niksar......
Pemandangan ladang ros. Masani belum ada bunga lagi
Berhadapan tugu Kamal Ataturk.........
Salah satu lokasi pengambaran....kawasan pokok Pine
Salah satu menara masjid di Turki
Penjual air teh jalanan....

Thursday, January 26, 2012
Mencari Ilham Untuk Buku Masakan Baru
Assalamualaikum...
Apa khabar semua.
Bagi diri chef, masih macam biasa...sihat walfiat. Buat masani chef taklah sesibuk mana. Maklumlah tiada apa-apa offer buat masani setelah chef tolak offer yg datang.
Bukannya chef tak nak ambil offer tu. Tapi disebabkan baru pindah rumah....chef terpaksalah tolak. Maklumlah tiada jiran di kiri kanan. Takut nak tinggalkan keluarga macam tu je. Maklumlah kejadian samun, pecah rumah dan berbagai-bagai kes semakin menjadi jadi di merata tempat.
InsyaAllah, next time kalau ada offer....pasti chef akan terima. Offer hari itu pun menarik juga, tapi shootingnya diadakan di negara India untuk rancangan Menu Alam di TV Al-Hijrah.
Rancangan ini dah pun masuk musim ke-4. Sepatutnya chef menggantikan Chef Iskandar yang telah 3 musim menjayakan rancangan berbentuk travelog masak2 di negeri orang.
Untuk kali ini, TV Al Hijrah nak tukar citarasa untuk explore negara luar. Maklumlah sebelum ini kebanyakan segmen memaparkan tempat-tempat menarik dalam negeri. So jangan lupa saksikannya k. Tak pasti siapa chefnya. Apapun, harap anda menyokongnya.
Buat masani chef tumpukan penglibatan chef terhadap penghasilan buku masakan keluaran PTS. Sememangnya dengan PTS. Kenapa chef berkata demikian. Disinilah bakat chef mula dikembangkan dan PTS lah yang sudi menerima chef untuk menghasilkan buku. PTS menyediakan platfom untuk chef berkarya.
Disebabkan itu, segala keutamaan akan chef berikan kepada PTS walaupun ada offer dari syarikat lain. Jasa PTS terhadap chef sukar dibalas.
Berbalik kepada topik yang ingin dibicarakan, sebenarnya dalam masa terdekat ni chef akan cuba hasilkan beberapa buah buku masakan lagi. Buat masani, ianya masih dalam peringkat "draft resepi" iaitu proses mencipta resepi.
Mungkin untuk kali ini, chef akan hasilkan buku yang murah harganya. Apapun ianya bergantung kepada penerbit. Haha...bab ini biarlah mereka yang memikirkan berapa harga yang sesuai untuk diletakkan. Begitu juga dengan konsep dan sebagainya.
Nak tahu topik buku masakan? yang ini terpaksalah chef rahsiakan dahulu. Kalau dah cerita, tak trilll lah pulak. Apapun, chef mengharapkan sokongan dari anda untuk terus menyokong chef. InsyaAllah, dah keluar nanti...chef akan war-warkan.
Semoga berjumpa lagi.....salam ikhlas dari chef khas buat anda semua.
P/S: Chef sertakan beberapa keping gambar yang sempat chef ambil semasa berada di Turki.

Subscribe to:
Posts (Atom)