Assalamualaikum......
Sedar tak sedar, masa berlalu begitu pantas sekali....nak kejar memang tak terkejar. Yang pasti ianya akan terus berlalu pergi tanpa berhenti sesaat pun.
Begitu jugalah blog chef ini dikunjungi, dibelek-belek, dilihat sana dan sini. Ada yang suka, ada yang mencebik. Namun begitu, blog dijadikan sebagai penghubung antara satu insan dengan insan lain sekeliling kita dalam berkongsi idea dan cerita.
Huhhh dengan masa yang berlalu, blog chef juga telah dikunjungi pelbagai masyarakat bukan saja orang Malaysia malah orang luar seperti Brunei, Indonesia, Thailand, U.S,...bla bla bla....uzbekistan, goheadgostan dan stan stan.......
Apapun ceritanya, chef ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pengunjung terutama sekali yang sudi untuk menjadi "Friends" pengikut setia blog chef yang tak seberapa ni. Sebak pulak rasanya...huhuhu.....
Andalah sebenarnya yang menceriakan dunia kulinari agar bertambah meriah. Tanpa sokongan anda siapa diri chef ini. Terima kasih.
Akhir kata, sambutlah salam ikhlas dari chef khas buat anda semua.....
Ikhlas dari,
Chef Hussin Khan