Penghasilan sesebuah buku masakan pada zahirnya nampak mudah tetapi pada pengarangnya ianya merupakan satu proses yang menagih segala kudrat fizikal dan mental untuk merealisasikannya.
Segala perancangan perlulah diatur dengan begitu teliti untuk mengelakkan sebarang kecacatan pada hasilnya kelak. Kesenangan pembaca untuk menghasilkan sesuatu resepi agar ianya 'menjadi' diambil kira semasa proses pengolahan resepi.
Hanya resepi yang telah diuji sahaja akan diketengahkan agar pembaca tidak merasa diri ditipu dengan resepi yang tidak menjadi.Untuk itu, buku masakan ini diselitkan gambar 'langkah demi langkah' ataupun carakerja dan menjadi bukti terhadap kejayaan menyiapkan sesuatu resepi tersebut.
Tidak dinafikan terdapat bermacam jenis buku masakan yang boleh anda perolehi di pasaran. Namun berapa banyak bukukah yang mengenengahkan konsep bergambar 'langkah demi langkah' ini.
Rata-rata mempunyai gambar 'end product' atau gambar makanan yang sudah disiapkan. Pastinya pelbagai persoalan akan timbul disini. Tambah merunsingkan sekiranya masakan tersebut tidak menjadi.
Namun begitu, persoalan tersebut tidak ingin chef bincangkan di sini. Nanti marah orang pada chef. Biarlah!!! Setiap orang ada perancangan masing-masing yang melibatkan "marketing". Namun rata-rata pembaca tentu boleh menilai dan mendapatkan apa yang dirasakan berbaloi untuk diri mereka.
Apa yang chef ingin katakan, buku yang chef hasilkan ini agak unik disebabkan konsep 'food stylist' yang diterapkan dalam setiap masakan selain ianya mudah disediakan. 'Prop-prop' moden seperti pinggan mangkuk bermacam bentuk juga chef gunakan agar 'seri' sesuatu makanan itu nampak lebih terserlah.
Kiraan kalori bagi setiap resepi juga diselitkan bagi yang mengamalkan pemakanan sihat. Resepi yang diberikan juga boleh disiapkan tidak sampai 30 minit dan berasaskan bahan sedia ada di dapur.
Untuk anda, terimalah buku ini sebagai sumber ilham, pencetus idea hidangan ringkas lagi berkhasiat. Jadikanlah ia sebagai teman pembimbing dalam menyediakan segala hidangan untuk yang tersayang.
Sekiranya anda mahukan resepi yang berbaloi-baloi bagi kesihatan diri, milikilah buku istimewa ini!.
Bolehlah melayari link di bawah (copy paste dibahagian entri diatas) untuk keterangan lanjut tentang buku ini.
http://pts.com.my/index.php/berita/resipi-sarapan-pagi-dan-minum-petang-chef-hussin-kini-di-pasaran/
Selamat Datang Ke Studio Masakan Ku
Akal mengarahkan agar makanan dicari.
Kaki bergerak menuruti hati.
Telinga mendengar mencari keistimewaan.
Mata memandang melihat kebaikan.
Tangan mengambil tanda disukai.
Mulut mengunyah merangsang lidah.
Bekalan dihantar tanda kesepakatan.
Salam perkenalan.
Selamat datang ke studio masakanku.
Terima kasih kerana mengunjungi blog ini.
Sebagai tetamu, anda amat chef hargai.
Keceriaan anda keutamaan bagi diriku.
Thursday, January 27, 2011
Tuesday, January 25, 2011
Telah Berada Di Pasaran
Syukur alhamdulillah......setelah lama menunggu, akhirnya buku masakan sulung chef keluaran PTS telah pun berada di pasaran. InsyaAllah dalam minggu ini, tak pun minggu hadapan, ianya boleh diperolehi dikebanyakan kedai2 buku.
Chef benar-benar teruja untuk melihat hasilnya....maklumlah buku sulung katakan. Setelah menempuhi segala kepayahan dan kepenatan, impian untuk mempunyai buku masakan sendiri tercapai jua akhirnya.
Namun begitu, sokongan anda amat chef harapkan. Segala komen serta pandangan anda amat chef perlukan dalam menambahbaik buku-buku masakan yang chef akan hasilkan kelak.
Kepada semua (tuan dan puan), sudilah kiranya mendapatkan buku masakan chef sebagai ole-ole kenangan serta tanda sokongan dalam memartabatkan bidang masakan ini.
Untuk keterangan lanjut, bolehlah layari link dibawah (copy paste dibahagian entri diatas).
http://pts.com.my/index.php/berita/resipi-sarapan-pagi-dan-minum-petang-chef-hussin-kini-di-pasaran/
Sekian, anda yang chef sanjungi.....

Thursday, January 20, 2011
Kacang Kelisa Bebola Ayam
Memandangkan kacang kelisa merupakan 'favourite' ramai orang, satu lagi resepi berasaskan kacang ini chef sediakan. Pada menu lepas, kaedah tumis digunakan dalam menyediakan kerabu tumis kacang kelisa.
Untuk menu kali ini, chef cuba adakan kelainan darisegi penggunaan kaedah memasak. Disebabkan kemalasan diri melanda time cuti2 begini, teknik merebus adalah cara terbaik yang difikirkan sesuai untuk digunakan.
Teknik yang digunakan ini tidak memerlukan banyak tenaga dikerah. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah sekadar mencampurkan kesemua bahan lalu masak ia secara merebus hingga kesemua bahan masak. Mudah bukan!!!.
Kalau nak sedap lagi, tumis dulu bahan-bahan yang akan menaikkan aroma masakan sebelum memasukkan air. Anda tentu akan menggemari rasa masakan ini selain supnya boleh dihirup begitu saja.
Pasti ianya mengenyangkan dan dalam masa sama dapat memenuhi keperluan zat tubuh dalam menjalankan aktiviti harian.
Selamat mencuba...............

Bahan-bahan
- 10 batang kacang kelisa (dihiris nipis memanjang)
- 5 biji bebola ayam
- 1 biji bawang merah (ditumbuk)
- 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
- 1 biji cili merah (dipotong kecil)
- 1 biji telur (ambil putihnya)
- 4 biji cili padi (diketuk)
- Sedikit lada hitam (ditumbuk)
- Sedikit ikan bilis (ditumbuk)
- Sedikit serbuk stok ayam
- Garam secukup rasa
- Sedikit air
Cara Membuat
1. Panaskan minyak lalu tumis kesemua bahan tumbuk hingga naik baunya.
2. Masukkan kacang kelisa dan tumis hingga kacang sedikit layu.
3. Masukkan bebola ayam, cili padi dan cili merah.
4. Tuangkan air sebelum diperasakan dengan garam dan serbuk stok ayam secukupnya.
5. Masukkan telur putih yang dipukul apabila kuah mula mendidih. Kacau ia supaya sebati.
6. Hiaslah hidangan sebelum menghidangkannya dengan nasi putih.
Tips
1. Isi ayam dan makanan laut juga boleh dimasukkan mengantikan bebola ayam.
Tuesday, January 18, 2011
Kerabu Tumis Kacang Kelisa
Untuk post kali ini, chef ingin berkongsi masakan berasaskan sayur-sayuran yang akan mengenegahkan kacang kelisa. Kadang-kadang orang memanggilnya sebagai kacang botor atau kacang botol. Apa jua nama yang diberikan, keenakannya memang digemari oleh penggemarnya.
Resepi ini chef sediakan secara ala kadar je untuk dimakan pada hujung minggu lepas. Maklumlah bendanya dah ada di dapur, apa lagi chef pun menumislah kacang ini. Disebabkan masakan ini disediakan ala kadar je, chef pun taklah menghiaskannya agar nampak menarik.
Apa yang penting hari, chef kenyang makan kacang kelisa ini bersama lauk-lauk lain. Badan sihat, minda pun cergas. Haha...malaslah chef nak bercoloteh lagi. Yang penting anda mesti mencubanya. Walaupun ringkas tapi ianya berkhasiat dan baik untuk kesihatan anda.

- 10 batang kacang kelisa (dihiris nipis)
- 1 biji bawang merah (ditumbuk)
- 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
- 1 biji cili merah (ditumbuk)
- 4 biji cili padi (ditumbuk)
- 2 sm belacan (disangai, ditumbuk)
- Sedikit ikan bilis (ditumbuk)
- Garam secukup rasa
Cara Membuat
1. Tumbuk cili merah, cili padi dan belacan terlebih dahulu sebelum ditumbuk bersama bawang merah, bawang putih dan ikan bilis.
2. Panaskan minyak lalu tumis bahan tumbuk tadi hingga naik baunya.
3. Masukkan kacang kelisa dan tumis hingga kacang sedikit layu.
4. Perasakan dengan garam secukupnya sebelum mematikan api.
5. Hidangkanlah kacang kelisa bersama nasi putih dan hidangan lain.
Tips
1. Cukuplah segala bahan yang ingin ditumbuk hanya ditumbuk kasar.
Subscribe to:
Posts (Atom)