Selamat Datang Ke Studio Masakan Ku

Apabila perut berbunyi,
Akal mengarahkan agar makanan dicari.

Kaki bergerak menuruti hati.
Telinga mendengar mencari keistimewaan.
Mata memandang melihat kebaikan.

Tangan mengambil tanda disukai.
Mulut mengunyah merangsang lidah.
Bekalan dihantar tanda kesepakatan.


Salam perkenalan.
Selamat datang ke studio masakanku.
Terima kasih kerana mengunjungi blog ini.
Sebagai tetamu, anda amat chef hargai.
Keceriaan anda keutamaan bagi diriku.



Showing posts with label Kerabu. Show all posts
Showing posts with label Kerabu. Show all posts

Tuesday, January 18, 2011

Kerabu Tumis Kacang Kelisa

Untuk post kali ini, chef ingin berkongsi masakan berasaskan sayur-sayuran yang akan mengenegahkan kacang kelisa. Kadang-kadang orang memanggilnya sebagai kacang botor atau kacang botol. Apa jua nama yang diberikan, keenakannya memang digemari  oleh penggemarnya.

Resepi ini chef sediakan secara ala kadar je untuk dimakan pada hujung minggu lepas. Maklumlah bendanya dah ada di dapur, apa lagi chef pun menumislah kacang ini. Disebabkan masakan ini disediakan ala kadar je, chef pun taklah menghiaskannya agar nampak menarik.

Apa yang penting hari, chef kenyang makan kacang kelisa ini bersama lauk-lauk lain. Badan sihat, minda pun cergas. Haha...malaslah chef nak bercoloteh lagi. Yang penting anda mesti mencubanya. Walaupun ringkas tapi ianya berkhasiat dan baik untuk kesihatan anda.

Bahan-bahan

-          10 batang kacang kelisa (dihiris nipis)
-          1 biji bawang merah (ditumbuk)
-          3 ulas bawang putih (ditumbuk)
-          1 biji cili merah (ditumbuk)
-          4 biji cili padi (ditumbuk)
-          2 sm belacan (disangai, ditumbuk)
-          Sedikit ikan bilis (ditumbuk)
-          Garam secukup rasa

Cara Membuat

1.       Tumbuk cili merah, cili padi dan belacan terlebih dahulu sebelum ditumbuk bersama bawang merah, bawang putih dan ikan bilis.
2.       Panaskan minyak lalu tumis bahan tumbuk tadi hingga naik baunya.
3.       Masukkan kacang kelisa dan tumis hingga kacang sedikit layu.
4.       Perasakan dengan garam secukupnya sebelum mematikan api.
5.       Hidangkanlah kacang kelisa bersama nasi putih dan hidangan lain.

Tips

1.       Cukuplah segala bahan yang ingin ditumbuk hanya ditumbuk kasar.

Saturday, December 25, 2010

Kerabu Nangka & Kacang Botol



Bahan-Bahan

300 gm nangka muda (direbus)
4 biji kacang botol (dihiris kecil)
50 gm taugeh (dicelur)
50 gm isi kerang (dicelur)
50 gm udang kering (dikisar)
5 biji bawang merah (dikisar)
2 biji cili merah (dikisar)
3 biji cili padi (dihiris nipis)
1 sudu besar kerisik
1 sudu kecil sos ikan
1 sudu kecil jus limau nipis
Garam dan gula secukup rasa

Cara Membuatnya
Di dalam sebuah bekas, masukkan kesemua bahan lalu digaul sebati.
Perasakan secukupnya dengan garam dan gula.
Hiaslah hidangan sebelum menghidangkannya.

Tips

1.       Garam boleh dielakkan sekiranya kerabu telah mempunyai rasa masinnya.