Selamat Datang Ke Studio Masakan Ku

Apabila perut berbunyi,
Akal mengarahkan agar makanan dicari.

Kaki bergerak menuruti hati.
Telinga mendengar mencari keistimewaan.
Mata memandang melihat kebaikan.

Tangan mengambil tanda disukai.
Mulut mengunyah merangsang lidah.
Bekalan dihantar tanda kesepakatan.


Salam perkenalan.
Selamat datang ke studio masakanku.
Terima kasih kerana mengunjungi blog ini.
Sebagai tetamu, anda amat chef hargai.
Keceriaan anda keutamaan bagi diriku.



Showing posts with label Kacang kelisa. Show all posts
Showing posts with label Kacang kelisa. Show all posts

Thursday, January 20, 2011

Kacang Kelisa Bebola Ayam

Memandangkan kacang kelisa merupakan 'favourite' ramai orang, satu lagi resepi berasaskan kacang ini chef sediakan. Pada menu lepas, kaedah tumis digunakan dalam menyediakan kerabu tumis kacang kelisa.

Untuk menu kali ini, chef cuba adakan kelainan darisegi penggunaan kaedah memasak. Disebabkan kemalasan diri melanda time cuti2 begini, teknik merebus adalah cara terbaik yang difikirkan sesuai untuk digunakan.

Teknik yang digunakan ini tidak memerlukan banyak tenaga dikerah. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah sekadar mencampurkan kesemua bahan lalu masak ia secara merebus hingga kesemua bahan masak. Mudah bukan!!!.

Kalau nak sedap lagi, tumis dulu bahan-bahan yang akan menaikkan aroma masakan sebelum memasukkan air. Anda tentu akan menggemari rasa masakan ini selain supnya boleh dihirup begitu saja.

Pasti ianya mengenyangkan dan dalam masa sama dapat memenuhi keperluan zat tubuh dalam menjalankan aktiviti harian.

Selamat mencuba...............
       Bahan-bahan

-          10 batang kacang kelisa (dihiris nipis memanjang)
-          5 biji bebola ayam
-          1 biji bawang merah (ditumbuk)
-          3 ulas bawang putih (ditumbuk)
-          1 biji cili merah (dipotong kecil)
-          1 biji telur (ambil putihnya)
-          4 biji cili padi (diketuk)
-          Sedikit lada hitam (ditumbuk)
-          Sedikit ikan bilis (ditumbuk)
-          Sedikit serbuk stok ayam
-          Garam  secukup rasa
-          Sedikit air

Cara Membuat

1.       Panaskan minyak lalu tumis kesemua bahan tumbuk hingga naik baunya.
2.       Masukkan kacang kelisa dan tumis hingga kacang sedikit layu.
3.       Masukkan bebola ayam, cili padi dan cili merah.
4.       Tuangkan air sebelum diperasakan dengan garam  dan serbuk stok ayam secukupnya.
5.       Masukkan telur putih yang dipukul apabila kuah mula mendidih. Kacau ia supaya sebati.
6.       Hiaslah hidangan sebelum menghidangkannya dengan nasi putih.

      Tips

1.       Isi ayam dan makanan laut juga boleh dimasukkan mengantikan bebola ayam.

Tuesday, January 18, 2011

Kerabu Tumis Kacang Kelisa

Untuk post kali ini, chef ingin berkongsi masakan berasaskan sayur-sayuran yang akan mengenegahkan kacang kelisa. Kadang-kadang orang memanggilnya sebagai kacang botor atau kacang botol. Apa jua nama yang diberikan, keenakannya memang digemari  oleh penggemarnya.

Resepi ini chef sediakan secara ala kadar je untuk dimakan pada hujung minggu lepas. Maklumlah bendanya dah ada di dapur, apa lagi chef pun menumislah kacang ini. Disebabkan masakan ini disediakan ala kadar je, chef pun taklah menghiaskannya agar nampak menarik.

Apa yang penting hari, chef kenyang makan kacang kelisa ini bersama lauk-lauk lain. Badan sihat, minda pun cergas. Haha...malaslah chef nak bercoloteh lagi. Yang penting anda mesti mencubanya. Walaupun ringkas tapi ianya berkhasiat dan baik untuk kesihatan anda.

Bahan-bahan

-          10 batang kacang kelisa (dihiris nipis)
-          1 biji bawang merah (ditumbuk)
-          3 ulas bawang putih (ditumbuk)
-          1 biji cili merah (ditumbuk)
-          4 biji cili padi (ditumbuk)
-          2 sm belacan (disangai, ditumbuk)
-          Sedikit ikan bilis (ditumbuk)
-          Garam secukup rasa

Cara Membuat

1.       Tumbuk cili merah, cili padi dan belacan terlebih dahulu sebelum ditumbuk bersama bawang merah, bawang putih dan ikan bilis.
2.       Panaskan minyak lalu tumis bahan tumbuk tadi hingga naik baunya.
3.       Masukkan kacang kelisa dan tumis hingga kacang sedikit layu.
4.       Perasakan dengan garam secukupnya sebelum mematikan api.
5.       Hidangkanlah kacang kelisa bersama nasi putih dan hidangan lain.

Tips

1.       Cukuplah segala bahan yang ingin ditumbuk hanya ditumbuk kasar.