Apa khabar? Semoga semua sihat-sihat disamping menjalankan ibadah puasa. Dah masuk minggu kedua kita berpuasa....haha harap semuanya masih 'steady' lagi.
Chef malas nak berceloteh panjang...sekadar ingin kongsikan menu piza yang telah chef sediakan dirumah kelmarin. Disebabkan terdapat 2 keping roti pita yang masih tersimpan di dalam peti sejuk, apa lagi...chef keluarkan dan terus 'tepek tepek' lalu dibakar.
Sebenarnya roti pita ni chef beli di Tesco je...tak payah susah-susah cari di tempat lain. Tak perlu juga untuk uli tepungnya kerana hasilnya tetap sama macam piza yang kita makan di restoran piza.
Memang mudah sebab menggunakan barang yang ada di rumah. Tapi kenalah beli dulu barang-barang tu. Yang penting kejunya kena ada. Kalau takde benda ni, tak jadilah piza kita. Apapun Selamat Mencuba!!!!!
Resepinya adalah........
Bahan-bahan
1 - 2 keping roti pita oblong (saiz tidak menjadi masalah)
3 - 4 sudu besar sos tomato prego (lebih mudah guna yang ini)
2 ulas bawang putih - dihiris halus
1 biji bawang besar - dihiris nipis
1/2 tin kiub nenas
1 tin tuna 'chunk in oil' (buang minyaknya dengan menekan penutup tin ke atas isi ikan)
1/4 biji lada benggala - dihiris nipis memanjang
3 batang sosej - dihiris nipis
Keju mozarela - disagat halus
Serbuk Keju Parmesan (botol warna merah)
Sos Cili
Mayonis
Caranya....
1. Sapukan sos tomato prego di kesemua permukaan roti pita.
2. Taburkan bawang putih, diikuti tuna, nenas, bawang, lada benggala dan sosej.
3. 'Pipekan' sos cili dan mayonis ke atas bahan tadi.
4. Taburkan keju mozarela dan disudahkan dengan keju parmesan.
5. Bakar ia didalam ketuhar sehingga keju mencair.
Tips...
1. Boleh juga dimasukkan isi ayam yang telah dimasak.
2. Sekiranya menggunakan makanan laut seperti udang dan sotong, eloklah ianya ditumis dulu sebelum diletakkan diatas roti itu.
3. Tiada keju parmesan pun takpe tapi keju ini akan memberi aroma kepada piza selain rasa.
4. Sekiranya tiada sos tomato Prego, kisar je tomato 'fresh' lalu disapukan di atas roti.
No comments:
Post a Comment