Selamat Datang Ke Studio Masakan Ku

Apabila perut berbunyi,
Akal mengarahkan agar makanan dicari.

Kaki bergerak menuruti hati.
Telinga mendengar mencari keistimewaan.
Mata memandang melihat kebaikan.

Tangan mengambil tanda disukai.
Mulut mengunyah merangsang lidah.
Bekalan dihantar tanda kesepakatan.


Salam perkenalan.
Selamat datang ke studio masakanku.
Terima kasih kerana mengunjungi blog ini.
Sebagai tetamu, anda amat chef hargai.
Keceriaan anda keutamaan bagi diriku.



Showing posts with label Barat. Show all posts
Showing posts with label Barat. Show all posts

Wednesday, August 28, 2013

Hai....lama tak jumpa.....

Assalamualaikum.....

Apa khabar anda semua? Semoga semua sihat-sihat belaka hendaknya.

Hampir sebulan chef menghilangkan diri tanpa sebarang "post'....maklumlah pada masa itu kita sedang menjalani ibadat puasa. Maka dengan itu, chef terpaksa "tutup kedai" ruangan blog ini untuk sementara waktu je tau untuk memberi ruang pada diri untuk beramal ibadat. Syukur alhamdulillah, ibadah ini dah pun selamat dijalani dengan jayanya.

Raya pun dah kita sambut dengan meriah sebagai tanda kejayaan kita menunaikan seruan Ilahi. Undangan rumah terbuka di sana sini yang sedang rancak berlangsung kini juga harus kita sertai dalam mengeratkan silaturrahim sesama Islam.

Walaupun kekadang perut senak dengan pelbagai juadah namun undangan yang dihulur perlulah kita penuhi. Undangan rumah terbuka ini pun bukanlah selalu sangat diadakan...hanya setahun sekali. Hukumnya harussss kita sertai hehe.

Bukannya apa....ada juga orang yang tak nak datang walaupun dah dijemput. Sedih tuan rumah dibuatnya. Susah-susah amik katering....alih-alih beberapa kerat je yang muncul. Apa cite ni yop??? Tak patut memang tak patut buat macam ini.

Alasan yang diberikan.....perut dah kenyang sangat. Banyak sangat rumah terbuka selain orang adakan kenduri kawin. Awat hang sental banyak sangat yop. Agak-agaklah nak makan pun. Sebelum nak makan tu....cuba tengok dulu list rumah terbuka. Walaupun tak nak makan...its ok. Yang penting, kita tunjuk muka. Sejuk hati tuan rumah apabila nampak muka kita...tak gitu.

Apapun yang anda lakukan....diharapkan jagalah kesihatan. Maklumlah baru saja selesai berpuasa. Semuanya nak sental...seolah-olah nak lepas geram pada perut. Makan...makan juga tapi kesihatan haruslah dipelihara. Banyakkan bersenam agak perut yang kempis slim tu tidak pula menjadi lebarrrr. Haha.

Untuk kali ini, chef ingin kongsikan dengan anda satu lagi resepi mudah untuk anda mencubanya. Tapi yang ini bukanlah hidangan hari raya. Hanya sekadar sharing resepi yang ada dalam koleksi chef ini.

Apa kata kita try resepi makanan barat iaitu resepi ikan kod yang sememangnya chef suka . Kalau takde ikan ini, ikan lain juga boleh anda gunakan sebagai ganti. Terpulang pada citarasa dan budget anda masing-masing. Harap anda mencubanya yer.......

Jumpa lagi................


 Bahan-bahan

Bahan A
1 filet ikan kod (dibersihkan)
Sedikit jus lemon
Garam dan serbuk lada putih secukup rasa
Majerin/Butter

Sos Lemon Butter
1/2 biji bawang besar (dicincang halus)
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 biji lemon (ambil jusnya)
1 sudu biji capers
1 ketul butter
Garam dan serbuk lada secukup rasa

Cara Menyediakannya
1. Perapkan ikan dengan bahan A lalu di"panfry" mengunakan butter atau majerin hingga masak. Ketepikannya.
2. Untuk sosnya, tumis bawang besar dan bawang putih dengan sedikit majerin/butter.
3, Masukkan butter lalu dikacau bersama. Pastikan ianya tidak cair sperti minyak.
4. Masukkan lain-lain bahan lalu diketepikannya daripada dapur.
5. Hidangkanlah ikan tadi bersama sayur tumis, kentang dan sos.

P/S: Tekstur sos lemon butter mestilah tidak cair dan ianya mestilah ber"creamy".






Saturday, May 14, 2011

Noisette Kambing Gril Bersama Sos Rosemary

Assalamualaikum dan apa khabar semua.
Haha...baru ada masa free. Dapatlah juga menguploadkan gambar resepi ini.
Untuk kali ini, apa kata kita cuba masakan barat pulak yang berasaskan kambing.

Untuk menyediakan hidangan ini, apa yang penting anda perlu tahu untuk memisahkan loinnya daripada tulang rusuk kambing. Rusuk kambing atau dipanggil lamb rack ni boleh anda beli di kebanyakan pasaraya. Rusuk ini jugalah yang digunakan untuk menyediakan kebanyakan menu lamb chop.

Pada kebiasaannya rusuk atau lamb rack ini akan dipotong kepada bahagian2 kecil yang dipangil sebagai lamb chop. Ini yang akan mereka perap dan seterusnya bakar atau gril.

Tapi untuk menyediakan lamb noisette, ianya agak berlainan. Nak dipisahkan tulangnya dengan isi bukanlah suatu perkara yang susah. Kalau anda tengok caranya, pasti anda boleh melakukannya. Tapi untuk masa sekarang, yang penting buatlah ikut cara anda untuk memisahkan tulang dengan isi.

Selepas itu, isi akan digulang bersama dengan lemaknya. Sebenarnya lemaknya masih melekat pada isinya. So, tak perlulah anda risau tentangnya. Yang penting anda gulungnya dan ikatkan dengan tali putih atau dikenali dengan butcher string. Saya menggunakan tali ini disebabkan ianya tidak mudah terbakar walaupun pada suhu yang tinggi. So, jangan guna tali plastik atau ropia tau.

So, proses seterusnya bolehlah anda ikut cara menyediakan hidangan ini. Selamat mencuba...dan jumpa lagi. Buat anda semua, doakan untuk chef agar segalanya selamat selama berada di negara asing.

Sekian.......

P/S: Dua buah buku chef telah pun berada di pasaran. Salad dan buah, satu lagi pembuka selera. Bolehlah dapatkan dengan segera. Yang penting, anda mencubanya k.


Bahan-bahan
1 ketul rusuk kambing (diambil loin beserta kulitnya)
1 gulung tali putih (butcher string)

Bahan Perap
1 sudu makan sos cili paprika
Garam dan serbuk lada putih secukupnya
Sedikit minyak untuk melumur

Sos Rosemary
1 sudu makan serbuk demiglace segera
1 biji bawang besar (dicincang halus)
3 ulas bawang putih (dicincang kasar)
Sedikit rosmary segar atau kering
Garam dan serbuk lada putih secukup rasa
Air secukupnya

Cara Menyediakannya
1. Loin dipisahkan daripada rusuknya lalu diikat dengan tali putih.
2. Lumurkan bahan perap ke atas loin dan gril ia sehingga masak di atas kuali 'non stick'. Ketepikannya.
3. Untuk menyediakan sosnya, bancuh serbuk demiglace dengan sedikit air.
4. Tumis bawang putih, bawang besar dan rosemary sebelum dituangkan bancuhan demiglace tadi.
5. Didihkan sosnya dan perasakan dengan bahan perasa secukupnya.
6. Pekatkan sos dengan roux (campuran majerin yang dicairkan diatas api dan digaulkan dengan tepung gandum).
7. Hidangkan loin kambing bersama sos rosemary, juga apa jua jenis sayuran dan kentang.