Selamat Datang Ke Studio Masakan Ku

Apabila perut berbunyi,
Akal mengarahkan agar makanan dicari.

Kaki bergerak menuruti hati.
Telinga mendengar mencari keistimewaan.
Mata memandang melihat kebaikan.

Tangan mengambil tanda disukai.
Mulut mengunyah merangsang lidah.
Bekalan dihantar tanda kesepakatan.


Salam perkenalan.
Selamat datang ke studio masakanku.
Terima kasih kerana mengunjungi blog ini.
Sebagai tetamu, anda amat chef hargai.
Keceriaan anda keutamaan bagi diriku.



Monday, February 21, 2011

Dapatkan buku masakan secara esklusif dari saya

Assalamualaikum dan apa khabar semua.....

Ini adalah tajuk buku masakan chef keluaran PTS Millenia Sdn Bhd.

1. Sarapan Pagi & Minum Petang
2. Makan Tengahari & Makan Malam

Syukur alhamdulillah....kedua-dua buku masakan chef telah pun berada di pasaran. Kini ianya hanya menunggu anda untuk mendapatkannya. Konsep makanan sihat dan berkhasiat menjadi pilihan chef dalam menghasilkannya selain menekankan teknik "food stylist" dalam setiap menu yang disediakan.

Panduan nutrisi pemakanan juga disediakan bagi anda yang menekankan konsep gaya hidup sihat. Berbagai pilihan menu boleh dicuba, seiring dengan keperluan nutrisi pemakanan harian anda.

Menu ringkas yang disediakan hanya memerlukan bahan-bahan asas yang boleh didapati dengan mudah. Untuk tidak memeningkan fikiran, langkah demi langkah penyediaan juga disediakan melalui gambar yang diambil untuk memudahkan proses memasak anda.

Secara tidak langsung, kini anda bergelar sebagai "Chef" atau "Iron chef" dapur kesayangan anda. Pastinya kebolehan menyediakan menu tersebut memukau hati sesiapa saja yang merasa air tangan anda.

Terdapat 45 resepi ringkas dimuatkan dalam setiap buku yang terdiri daripada masakan Melayu, India, Cina dan Barat. Kesemua menu ini telah chef olah menjadi satu menu yang berkonsepkan 1Malaysia. Apa yang pasti, ianya cukup mudah untuk disediakan tanpa perlu mengerah tenaga yang banyak untuk menyediakannya.

Bagi anda yang sibuk dan juga yang baru berjinak-jinak dengan masakan, eloklah benar kalau mendapatkan buku masakan ini. Anda pasti akan teruja dengan hasil yang akan anda sediakan. Tak caya...cubalah.

Kini, ianya boleh didapati di kedai-kedai buku terpilih di seluruh Malaysia dengan harga RM 15 senaskah (beli satu, dapat satu ya) ataupun melalui pos yang berharga RM 22 senaskah (termasuk caj penghantaran) beserta tandatangan esklusif (sekiranya mahu...hehe).

Jika ingin membeli melalui pos, bank in atau transfer bayaran ke akaun Maybank chef iaitu 162450130191 dan emailkan kepada chef salinan resit pembayaran ke Huskha75@gmail.com atau faxkan ke 043823681.






9 comments:

  1. salam chef....
    berminat nie...
    nanti nak carilah.....

    ReplyDelete
  2. Wsalam mr mama. Thanks for the support.

    ReplyDelete
  3. Tahniah atas buku tersebut.. boleh usya2 kat kedai buku ni

    ReplyDelete
  4. Zu: Thanks di atas sokongan yg diberikan. Saya hargai

    ReplyDelete
  5. Salam singgah Chef, tahniah atas terbitnya buku masakan tersebut, moga Chef lebih banyak menghasilkan resepi2 terbaik selepas ini... ^_^

    ReplyDelete
  6. Ummi: Terima kasih di atas sokongan yg diberikan. Sangat2 menghargainya.

    ReplyDelete
  7. salam chef: wajib beli utk suami!
    kalau nak dapatkan terus, dimana yer?..sy di melaka.ada di Popular?
    www.auladbistari.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. salam chef.

    tahniah di atas buku tersebut. Kalau tak keberatan pls contact saya 019 226 2266 sebab saya sedang mencari chef bagi kursus masakan sihat untuk training dan consultancy di kl. Is

    ReplyDelete
  9. Salam chef,tahniah smoga trus mju mghasilkn bku2 resipi yg mnarik :-) insyllh sy akn trus mngikuti..

    ReplyDelete