Selamat Datang Ke Studio Masakan Ku

Apabila perut berbunyi,
Akal mengarahkan agar makanan dicari.

Kaki bergerak menuruti hati.
Telinga mendengar mencari keistimewaan.
Mata memandang melihat kebaikan.

Tangan mengambil tanda disukai.
Mulut mengunyah merangsang lidah.
Bekalan dihantar tanda kesepakatan.


Salam perkenalan.
Selamat datang ke studio masakanku.
Terima kasih kerana mengunjungi blog ini.
Sebagai tetamu, anda amat chef hargai.
Keceriaan anda keutamaan bagi diriku.



Showing posts with label Bakar. Show all posts
Showing posts with label Bakar. Show all posts

Saturday, January 8, 2011

Ikan Kembong Bakar


Untuk resepi kali ini, apa kata kita mencuba resepi ringkas lagi berkhasiat. Tambahan pula hujung minggu macam ini, mungkin anda tercari-cari resepi yang ingin disediakan. Kalau tiada idea, apa kata cuba resepi ikan kembong bakar yang chef sediakan ini. 

Pasti hidup anda dan keluarga di hujung minggu tidaklah membosankan kerana dihidangkan dengan hidangan bakar yang dicicah dengan air asam dimakan pula dengan sambal belacan bersama nasi. Pehhhh.....pasti terliur bila memikirkannya. Tak gitu.....hehe. Chef sekadar ingin membangkitkan mood and nafsu makan anda. Apapun, selamat mencuba.


Bahan-bahan

-          2 ekor ikan kembong (dibersihkan)
-          1 sudu makan perahan limau
-          1 cawan santan kelapa
-          Garam dan gula secukup rasa

Bahan A (dikisar)
-          10 biji cili kering
-          5 biji bawang merah
-          5 ulas bawang putih
-          Sedikit halia
-          1 sm lengkuas
-          2 sm belacan (disangai)

Cara Membuat

1.       Campurkan kesemua bahan lalu digaul hingga sebati.
2.       Tumis sebentar bahan gaul tadi sebelum ianya disejukkan.
3.       Perapkan ikan bersama bahan tadi selama ½ jam sebelum dibakar ikan hingga masak.
4.       Lebihan bahan gaul boleh dituangkan ke atas ikan semasa ikan dibakar.
5.       Hias dan hidangkanlah ikan kembong bakar bersama air asam serta sambal belacan.

Tips
Ikan juga boleh dibakar setelah dibalut menggunakan daun pisang atau foil aluminium.