Selamat hari raya aidil adha. Semoga kita mendapat keberkatan dari apa yang kita korbankan selama ini demi agama suci kita, Islam.
Apabila berkata tentang hari istimewa ini, chef sebenarnya ingin kongsikan resepi yang telah chef sediakan untuk kenduri kesyukuran dalam merai ibu, kak ipar dan abang tersayang yang akan berangkat ke tanah suci. Alhamdulillah majlis yang pada mula tidak dirancang disebabkan sibuk dengan tugas seharian, akhirnya dapat disempurnakan dengan sebaik mungkin.
Mungkin itulah namamya "takdir", keinginan ibu dalam mendapat ketenteraman hati sebelum menjadi tetamu Allah.....akhirnya termakbul. Maklumlah ini kali pertama ibu akan ke Mekah dan mungkin kali terakhir juga. Hasil titik peluh ibu menyimpan duit hasil dari menoreh suatu masa dulu, akhirnya digunakan untuk menghadap Ilahi.
Keinginan hati ibu tiada siapa yang mengerti. Walaupun ibu tak luahkan namun sebagai anak chef dapat merasainya. Orang lain meraikan keberangkatan ibu dan bapa dengan mengadakan kenduri kesyukuran sebagai azimat agar hati tenteram menghadapi pelbagai ujian disana nanti.
Untuk itu, chef telah meminta ibu untuk menjemput kenalan ibu serta jiran-jiran. Nak dibuat cerita, memang ramai yang datang pada malam tu. Makanan yang dimasak pun dalam 70 orang. Mujurlah makanan terutama nasi yang dimasak, cukup cukup mengikut bilangan orang yang datang. Mungkin "berkat" namanya tu. Tiada pembaziran langsung.
Chef dan isteri telah menyediakan masakan ringkas.....ayam masak kicap, gulai udang dan kentang, pulut kuning bersama kari ayam, tumisan ikan masin bercili, tumisan sayur kobis, sambal belacan dan nasi putih je.
Apa lagi pada pagi tu terpaksalah turun pasar untuk membeli barang-barang yang dikehendaki untuk dibuat persediaan. Selepas asar, barulah proses menggoreng dan memasak dilakukan. Walaupun dapur kecil je iaitu dapur 2 penunu digunakan, masakan dapat disudahkan sebelum maghrib.
Apa yang chef perhati, ibu berasa sungguh gembira dan bersyukur segalanya selesai dengan baik. Walaupun majlis tidak dihadiri oleh adik-adik disebabkan sibuk dengan tugas hakiki, namun kehadiran abang sedikit sebanyak memeriahkan lagi majlis. Maklumlah majlis ini dibuat untuk merai mereka juga.
Apapun, sekarang ibu dan abang sedang mengerjakan haji di tanah suci Mekah. Mereka telah pun dipilih menjadi tetamu Allah. Kita bila lagi....usaha haruslah dimulakan dari sekarang selain doa perlulah dipanjatkan selalu agar kita dipilih sama. Paling penting, pasang niat sungguh-sungguh.
Untuk kali ini, chef kongsikan resepi ayam masak kicap versi chef yang boleh anda cuba. Salah dan silap harap diampun. Selamat Hari Raya Aidil Adha.
Bahan-bahan
5 ekor ayam - dibersihkan dan diperapkan dengan garam dan kunyit
4 biji Bawang putih - dihiris halus
10 biji Bawang merah - dihiris halus
5 biji Bawang Bombay - dipotong bulat
4 batang Halia -dihiris halus
2 genggam Cili kering - dikisar
10 biji Cili Hijau - dipotong dua
10 biji Cili Merah - dipotong dua
5 batang Kulit Kayu Manis
10 biji Bunga Lawang
10 biji Buah Pelaga
6 - 7 biji tomato (dibelah 4)
1 botol Kicap Lemak Manis (botol besar jenama Adabi/Kipas Udang)
1 botl Sos Tiram (botol kecil)
Cara Menyediakannya
1. Ayam digoreng separuh masak dan ketepikannya.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang merah, cili kering, halia, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bawang bombay sehingga layu.
3. Masukkan sos tiram dan kicap lalu dimasukkan ayam.
4. Masukkan tomato, cili merah dan cili hijau lalu ditutup api.
5. Hidangkan ia selepas ditaburkan dengan sedikit bawang goreng dan daun ketumbar/daun bawang.
Tips
1. Kalau nak pedas, masukkan hirisan cili padi.
SELAMAT MENCUBA............................................
Selamat Datang Ke Studio Masakan Ku
Akal mengarahkan agar makanan dicari.
Kaki bergerak menuruti hati.
Telinga mendengar mencari keistimewaan.
Mata memandang melihat kebaikan.
Tangan mengambil tanda disukai.
Mulut mengunyah merangsang lidah.
Bekalan dihantar tanda kesepakatan.
Salam perkenalan.
Selamat datang ke studio masakanku.
Terima kasih kerana mengunjungi blog ini.
Sebagai tetamu, anda amat chef hargai.
Keceriaan anda keutamaan bagi diriku.
Showing posts with label Ayam. Show all posts
Showing posts with label Ayam. Show all posts
Saturday, October 27, 2012
Saturday, June 9, 2012
Resepi Hari Ini - Vol-Au Vent Ayam Bercendawan
Untuk kali ini, chef ingin kongsikan satu lagi menu 'simple. Menu ini sebenarnya melibatkan penggunaan 'puff pastry'.Nak tahu apa itu puff pastry, haha yang ini anda kena browse internet. Terdapat pelbagai versi hidangan yang menggunakan puff pastry ini.
Menu ini memang sangat untuk disediakan....tambah memudahkan kerja sekiranya menggunakan puff pastry segera yang boleh didapati di kebanyakan pasaraya. Hanya beli, potong dan bakar. Nak potong pun terpulang pada anda....mengikut benyuk kesukaan anda. Chef menggunakan ring cutter untuk mendapatkan puss pastry yang berbentuk bulat. Saiz tak jadi masalah...juga terpulang kepada anda.
Setelah dibakar, ianya akan mengembang untuk beberapa sentimeter lagi. Itulah kehebatan puff pastry selain mempunyai tekstur yang rangup selain lembut bila dikunyah.
Untuk mencubanya, chef sertakan menu Vol-Au Vent Ayam Bercendawan dan hidangkanlah pada bila-bila masa. Esklusif dari Studio Masakan Chef Hussin. Selamat mencuba......chow chi chow.
Bahan-Bahan.
1 keping pastri puf segera (1 bahagian dipotong bulat (bawah), 1 bahagian dipotong bulat berbentuk gelang (atas))
1 biji telur (dipukul)
Untuk Intinya
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
1/2 biji bawang bombay (dicincang halus)
3-4 biji cendawan butang (dihiris nipis)
Secubit serbuk rempah thyme
100 ml krim makan (Brand Anchor)
Garam dan serbuk lada putih secukup rasa
Sedikit keju mozzarella (disagat)
Sedikit air
Cara Menyediakannya
1. Sapukan sedikit majerin atau tepung pada tray pembakar.
2. Letakkan kepingan (bawah) pastri puf diatas tray dan letakkan pula pastri puf (bentuk gelang) keatasnya setelah disapu dengan telur.
3. Setelah dilekatkan kedua-dua bahagian, sapu telur dibahagian atasnya pula.
4. Bakar dalam ketuhar pembakar selama 15-20minit dalam suhu 170C.
5. Untuk menyediakan intinya, tumis sebentar bawang putih dan bawang bombay.
6. Masukkan juga cendawan, thyme sebelum dituangkan krim dan air. Biarkan ia mendidih sebentar.
7. Perasakan dengan garam dan serbuk lada putih.
8. Keluarkan pastri puf yang telah dibakar dan isikan ia dengan inti ayam ini.
9. Taburkan keju keatasnya lalu dibakar sebentar hingga keju cair.
10. Hidangkanlah ia panas-panas.
Tips
1. Keju parmesan juga boleh ditaburkan sedikit untuk memberi rasa dan haruman yang lebih menarik.
2. Selain ayam, sebarang jenis makanan laut juga boleh digunakan.

Labels:
Ayam,
Cendawan,
Keju mozarella,
puff pastry,
Vol-au vent
Tuesday, December 28, 2010
Ayam Panggang Bersitrus
Bahan-bahan
- 1 ketul dada ayam
- 50 gm daun salad ‘lettuce’ (dikoyak/dicarik)
- 4 keping biskut keju
- 4 ulas oren mandarin (dalam tin)
- Sedikit serbuk cili / paprika
- Garam dan serbuk lada putih secukup rasa
- Sedikit minyak (untuk melumur ayam)
Bahan B (sos koktail)
- 2 sudu besar sos cili
- 1 sudu besar sos tomato
- 5 sudu besar mayonis
- Sedikit jus oren/limau
Cara Membuat
1. Perapkan dada ayam bersama serbuk cili, garam dan serbuk lada putih.
2. Lumurkan ia dengan sedikit minyak sebelum memanggang dada ayam hingga masak dan ketepikannya.
3. Untuk menyediakan sos koktail, campurkan kesemua bahan B lalu dikacau hingga sebati.
4. Ambil biskut keju dan sapukan dengan sos koktail tadi.
5. Letakkan daun salad di atas biskut tersebut sebelum meletakkan isi ayam yang telah dihiris nipis.
6. Letakkan buah oren mandarin di atas isi ayam tadi sebelum sos koktail dipaipkan ke atasnya.
7. Hiaslah hidangan anda sebelum menghidangkannya.
Tips
1. Hidangan ini sesuai dihidangkan sebagai hidangan pembuka selera dan boleh dimakan pada bila-bila masa.
P/S: Resepi ini adalah sejenis 'open face sandwich' dan kecil saiznya. Biasanya dijamu dalam pelbagai majlis koktel selain menjadi pembuka selera. Resepi ini telah dimasukkan dan disiar dalam Majalah Jelita Keluaran Januari 2011.
Subscribe to:
Posts (Atom)