Selamat Datang Ke Studio Masakan Ku

Apabila perut berbunyi,
Akal mengarahkan agar makanan dicari.

Kaki bergerak menuruti hati.
Telinga mendengar mencari keistimewaan.
Mata memandang melihat kebaikan.

Tangan mengambil tanda disukai.
Mulut mengunyah merangsang lidah.
Bekalan dihantar tanda kesepakatan.


Salam perkenalan.
Selamat datang ke studio masakanku.
Terima kasih kerana mengunjungi blog ini.
Sebagai tetamu, anda amat chef hargai.
Keceriaan anda keutamaan bagi diriku.



Saturday, March 30, 2013

Food Styling - Sarapan Pagi.....

Assalamualaikum.....

Untuk kali ini, chef akan kongsikan sedikit sebanyak info tentang "food styling" atau dipanggil sebagai penggayaan atau menghias makanan dan minuman.

Apa yang boleh chef katakan disini, makanan dan minuman yang ingin dihidangkan itu mestilah menarik minat si yang melihat dan terus jatuh cinta untuk mencuba makanan tersebut. Bolehlah diibaratkan seperti "cinta pandang pertama".....terpandang saja, terus jatuh hati.

Itulah penangan "food styling" ini dalam merancakkan sesuatu jualan makanan dan minuman. Untuk chef, rasa adalah perkara kedua. Yang penting, bagaimana nak pancing hati pelanggan agar melangkah masuk ke dalam restoran.

Dah kena pancing, barulah rasa memainkan peranannya. Bahagian ini anda kena fokus 'betul-betul' agar hidangan yang dihidangkan menambat hati pelanggan.

Itu yang dilakukan syarikat-syarikat besar selain restoran-restoran terkemuka dalam merancakkan jualan mereka. Gambar-gambar diambil setelah digayakan oleh food stylist terpampang dimuka iklan, menu card, gambar didinding dsb selain pada pembungkus makanan dan minuman yang dihasilkan oleh kilang pemprosesan makanan.

Apa yang chef tahu, hanya untuk satu shot RM500 dikenakan. kalaulah 10 shot...kiralah sendiri. Namun, apalah sangat kos tersebut jika dibandingkan dengan keuntungan yang berlipat-lepat yang diperolehi oleh mereka. 

Untuk kali ini, chef ingin kongsikan beberapa shot gambar yang sempat chef rakamkan sendiri semasa kelas praktikal food styling pelajar-pelajar Ijazah Seni Kulinari UiTM Pulau Pinang yang dikendalikan oleh Chef Kamarul Hasni (Babas Cubits).

Chef hanya sekadar main-main aje dalam mengambil gambar-gambar ini. Sekadar melihat kebolehan chef...boleh atau idak.
                                                             






4 comments:

  1. Semua ok.cume yg strawberi shake tu kalau bunga tu tukar dgn bnda lain lg menarik.sbb bunga tu nmpk layu.pastu gmbr seri muka,kopi dgn bungkusan nasik lemak tu lbh style kalau bijik kopi n sudu tu tukar dgn surat kabar n cermin mata ke.menampakkan mcm sarapan di teratak kampong.hehehe.dan susunan die buat sebaris instead of mcm gitu.n gmbr2 kopi tu kena sembur asap sikit bg nmpk kepanasan yg membangkit kan kepahitan keorian rasa kopi tu.sbb buih dh ade nmpk mcm pns.tp asap kureng.baru ummmmppph.itu hanya dr pndgn sy lah kan.overall okey n nice one:)

    ReplyDelete
  2. nice,.. nanti jemput chef lagi turun ke kelas kami semasa kami kelas foodstyling bersama Chef Kamarul Hasni (Babas Cubits). hehee. :]
    berikan tunjuk ajar chef pada kami,..
    terimakasih chef,.. :D

    ReplyDelete
  3. nmpak sedap.. chef ada bakat dlm photograper jga. comel2

    ReplyDelete
  4. Anonymous...tkasih d atas pandangan tuan..saya setuju. Prop mmg memainkan peranannya selain efek asap...

    Afimoha: insyallah...gambar ni pun duambil skdr suka2...pandangan tn atas perlu diambil perhatian. Dapatkan prop2 yg bsesuaian. Aritu ini yg ada, si snap sajalah.

    Muslimah: tkasih...

    ReplyDelete