Selamat Datang Ke Studio Masakan Ku

Apabila perut berbunyi,
Akal mengarahkan agar makanan dicari.

Kaki bergerak menuruti hati.
Telinga mendengar mencari keistimewaan.
Mata memandang melihat kebaikan.

Tangan mengambil tanda disukai.
Mulut mengunyah merangsang lidah.
Bekalan dihantar tanda kesepakatan.


Salam perkenalan.
Selamat datang ke studio masakanku.
Terima kasih kerana mengunjungi blog ini.
Sebagai tetamu, anda amat chef hargai.
Keceriaan anda keutamaan bagi diriku.



Saturday, January 1, 2011

Pengiktirafan Dunia - Artikel di dalam Berita Harian

Pengiktirafan dunia
Oleh Nor Azma Laila
norazma@bharian.com.my
2010/12/30

UiTM menang dua anugerah, 11 pingat di Belgium

 
                                                   
PENYELIDIK dan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) memenangi 13 pengiktirafan menerusi anugerah dan pingat pelbagai kategori pada pameran penyelidikan dan inovasi INNOVA 2010, berlangsung di Brussels, Belgium, baru-baru ini.

UiTM dalam kenyataannya berkata, delegasi disertai sembilan peserta itu membawa pulang dua anugerah khas dan emas (tujuh), perak (tiga) dan gangsa (satu) menerusi 16 produk yang dipertandingkan.

Anugerah khas diperoleh melalui produk Tepung Kacang Bendi Sebagai Bahan Pemekatan dan Makanan Ringan, dihasilkan Noriza Ishak dan pasukannya dari Fakulti Perhotelan dan Pengurusan Pelancongan.

Pengiktirafan sama juga diberikan kepada produk D-MIC: Aplikasi Pembelajaran melalui Telefon Bimbit untuk kanak-kanak Disleksia dihasilkan Ronaldi Salleh dan dua rakan dari Fakulti Seni Reka dan Seni Lukis dengan kerjasama Fakulti Pendidikan.

“Kedua-kedua produk berkenaan turut menerima emas bersama tiga lagi produk iaitu `Bar Tenaga’ daripada kelapa yang dihasilkan Hussin Khan Rahmatullah Khan dari Fakulti Hotel dan Pengurusan Pelancongan.

“Sistem Sensor Optical yang dapat mengesan pergerakan kecil tanah di kawasan lereng bukit oleh Prof Madya Dr Mohd Kamil Abd Rahman dan Nur Jannah Muhd Satar juga diiktiraf.

“Pingat emas turut memihak kepada rekaan Sistem Klasifikasi Kayu Gaharu yang mengenal pasti gred kualitinya ciptaan Mohammad Sharfi Najib dan tiga rakannya,” kata kenyataan yang diterbitkan di Shah Alam.

Sementara itu, antara pingat perak yang dimenangi menerusi inovasi `Stoichemzzle’ dari Fakulti Pendidikan. Rekaan ini mengetengahkan teka-teki menyusun potongan gambar daripada cebisan anion dan kad; 6 OBE-SCL Kit Latihan Komprehensif dan Aksesori Fesyen dan Gajet.

Rekaan terdiri daripada pemacu jejari, pembesar suara, telefon bimbit, pembaca kad dan alat bluetooth dibina dalam gelang tangan dan rantai leher.

Menurut kenyataan itu lagi, penyertaan UiTM itu memberi peluang pihaknya memperkasa jaringan industri di peringkat antarabangsa.

“Buktinya, beberapa syarikat yang berpusat di Belgium menunjukkan minat mengkomersilkan beberapa produk yang dipertandingkan.

“Antaranya ialah Larutan Pemekatan Ketahanan Untuk Baju Kalis Tikaman ciptaan Mohd Suhairul Suhaimi. Rekaan pelajar Sarjana Fakulti Sains Gunaan pernah memenangi emas dan anugerah khas conceptum prize Pertandingan EUREKA tahun lalu.

“Inovasi mengenai proses pembelajaran berkesa, Bahasa Mandarin Untuk Pelajar Baru Menggunakan Pendekatan Pinyin ciptaan pensyarah dari Fakulti Sains Komputer dan Matematik, Norlina Mohd Sabri juga mempunyai nilai komersil yang tinggi,” katanya.

P/S: Gambar yang disiarkan dalam akhbar tidak dapat diupload buat masani. Insyaallah chef akan cuba uploadkan gambar tersebut kemudian. Kalau nak linkkan terus, bolehlah layari link dibawah. Sebenarnya chef telah memenangi dua pingat emas iaitu dari Bar Tenaga daripada hampas kelapa (sebagai ketua penyelidik) dan Tepung kacang bendi (sebagai ahli penyelidik). Gambar di atas diambil sewaktu di Lapangan Terbang Brussels Belgium.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/2010123006494120101230064941/Article/index_html

6 comments:

  1. Tahniah chef! semoga terus maju di tahun 2011 ni dan tahun-tahun yg seterusnya...thanks for sharing...:)

    ReplyDelete
  2. Tahniah juga dari kami semua, blogger masak2..syabass!!!!

    ReplyDelete
  3. Nieza & Mat Gebu: Thanks, really appreciate.

    ReplyDelete
  4. thanks chef!!!!
    glad to hear that and uitmpp jugak menang dlm competition cooking and carving sempena penang beach carnival!! emas and perak

    ReplyDelete
  5. slm..tahniah chef..saya sbg rakyat malaysia berbangga dengan pencapaian chef dan rakan2..

    ReplyDelete
  6. Thanks ikmal & dek ma. Ini menjadi inspirasi buat diri utk terus berjaya.

    ReplyDelete